Mah Sing lancar kempen pemilikan rumah 'H.O.M.E' bermula 1 Julai hingga 30 September 2022 | DagangNews Skip to main content

Mah Sing lancar kempen pemilikan rumah 'H.O.M.E' bermula 1 Julai hingga 30 September 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 4 Julai - Mah Sing Group Bhd (Mah Sing) melancarkan kempen pemilikan rumah sendiri yang dikenali "H.O.M.E" (Home Ownership Made Easy), bermula dari 1 Julai hingga 30 September 2022. 

 

Kempen itu bertujuan untuk menangani kebimbangan utama dalam kalangan pembeli rumah iaitu menabung untuk bayaran pendahuluan, layak untuk pinjaman dan membayar ansuran bulanan perumahan.

 

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, kempen jualan itu memudahkan pemilikan rumah untuk pembeli, terutamanya pembeli kali pertama dengan terus menawarkan faedah dan diskaun yang menarik. 

 

Beliau berkata, terdapat 13 projek yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut dengan 10 projek di Lembah Klang, satu di Johor dan dua di Pulau Pinang.

 

“Ia adalah produk yang sesuai untuk pasaran kerana kadar pengambilan yang baik bagi hartanah M Series kami yang mampu dimiliki. 

 

"Namun, itu tidak mencukupi. Kami menyasarkan untuk mereka bentuk kempen jualan yang mampu menangani masalah pembeli rumah, namun melengkapkan rangkaian projek yang ditawarkan Mah Sing untuk memenuhi permintaan pasaran semasa.

 

“Kini, kami secara rasmi melancarkan kempen jualan Mah Sing H.O.M.E. disokong oleh pemulihan ekonomi yang berterusan, kami percaya akan terdapat permintaan terpendam untuk hartanah mampu milik di lokasi strategik dengan akses yang baik dan kemudahan sedia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Katanya, beliau yakin H.O.M.E akan memberikan lebih banyak dorongan jualan untuk produk dan mereka berada di landasan betul untuk mencapai sasaran jualan hartanah baharu sebanyak RM2 bilion untuk 2022.

 

Kempen itu juga menawarkan pembeli rumah sifar bayaran pendahuluan, duti setem percuma, kelulusan pinjaman yang lebih mudah dan ansuran bulanan yang lebih rendah.

 

13 projek perumahan yang menyertai kempen H.O.M.E:

 

  • Camellia @ M Senyum, Salak Tinggi, Sepang

 

  • M Vertica, Cheras, Kuala Lumpur

 

  • M Aruna, Rawang, Selangor

 

  • M Arisa, Sentul, Kuala Lumpur

 

  • Southville City, KL South 

 

  • M Oscar, Off Kuchai Lama, Kuala Lumpur

 

  • M Astra, Setapak, Kuala Lumpur

 

  • M Luna, Kepong, Kuala Lumpur

 

  • M Adora, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

 

  • M Panora, Rawang, Selangor

 

  • Erica @ Meridin East, Pasir Gudang, Johor 

 

  • Ferringhi Residence 2, Batu Ferringhi, Pulau Pinang

 

  • The Loft, Bayan Lepas, Pulau Pinang 

 

Pembeli rumah yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai kempen tersebut boleh melayari laman web kempen 'H.O.M.E' di: https://www.mahsing.com.my/home/ atau hubungi 1300-80-6888. - DagangNews.com