The Mines Resort City anjur ujian COVID-19 percuma | DagangNews Skip to main content

The Mines Resort City anjur ujian COVID-19 percuma

KUALA LUMPUR 26 Nov. - The Mines Resort City telah melancarkan ujian RTK Antibodi COVID-19 bagi mencegah penyebaran wabak COVID-19 secara percuma selama lima hari terhad kepada 1,000 individu terawal bermula semalam.

 

Ujian RTK antibodi COVID-19 ini akan dilakukan oleh pasukan perubatan profesional GHHS Healthcare. Keputusan ujian ini dapat diketahui dalam masa 10 minit sahaja. Sekiranya keputusannya positif, pesakit haruslah melakukan ujian swab di klinik berdekatan.

 

"The Mines Resort melancarkan ujian ini setelah pangasasnya, Tan Sri Lee Kim Yew dimaklumkan bahawa seramai 164 pekerja asing di Top Glove dari Meru, Klang yang dibawa ke Hotel Top Holiday telah positif COVID-19 pada 15 November 2020,'' kata kenyataan daripada syarikat tersebut. 

 

Selaras dengan situasi terkini COVID-19 yang mencatatkan jumlah kes yang tinggi dalam sejarah, kami mengambil langkah proaktif dengan melancarkan ujian ini dan akan bekerjasama dengan warga kerja Hotel Top Holiday untuk mencegah peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan komuniti setempat. - DagangNews.com

 

aaa
Orang ramai menjalani ujian pemeriksaan COVID-19 secara percuma kelolaan The Mines Resort City, semalam.

 

Maklumat lanjut: 
Lokasi:  Berdekatan dengan Mines Shopping Mall (pintu masuk belakang) 
Tarikh: 25 November - 29 November 2020
Masa: Dari 2 petang hingga 5 petang
Bayaran: Percuma (*bagi 1,000 pengunjung pertama)  
Terma dan syarat: Terbuka kepada semua.