Muhyiddin ziarah keluarga Mohd Diya, sifatkan pengorbanan arwah sangat besar | DagangNews Skip to main content

Muhyiddin ziarah keluarga Mohd Diya, sifatkan pengorbanan arwah sangat besar

Muhyiddin Yassin menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh di Taman Krubing Jaya, Melaka hari ini./ GAMBAR FB Muhyiddin Yassin.
 

MELAKA 21 Okt - Pengorbanan anggota bomba, Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh sebagai petugas barisan hadapan sangat besar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata, beliau dan seluruh rakyat Malaysia berkongsi kesedihan atas tragedi yang berlaku ketika Mohd Diya sedang bertugas dalam operasi menyelamat bangsa banjir di Sungai Putat, Melaka semalam.

 

Kata Muhyiddin, beliau yang berada di Melaka untuk menghadiri Sesi Dialog MPN turut berkesempatan menziarahi balu Allahyarham, Noraida Che Nor di Taman Krubong Jaya pagi ini.

 

“Saya berdoa semoga ahli keluarga Mohd Diya diberi ketabahan dan kekuatan dalam berhadapan dengan saat-saat yang sukar ini.

 

“Sesungguhnya pengorbanan Mohd Diya sebagai anggota frontliners sangat besar dan saya mendoakan agar Allahyarham memperoleh husnul khatimah dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan orang beriman,” katanya.

 

 

Muhyiddin
Muhyiddin Yassin menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh yang terkoban ketika bertugas menyelamatkan mangsa banjir di Taman Krubong Jaya hari ini./ Gambar FB Muhyiddin Yassin.

 

 

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian menerusi Facebook beliau sebenatar tadi.

 

Allahyarham mempunyai empat orang anak yang berusia antara 18 dan 9 tahun.

 

 

Muhyiddin
ANAK Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh berusia 9 tahun. - Gambar FB Muhyiddin Yassin

 


Mohd Diya dilaporkan dibawa aurs deras dalam usaha pihak bomba menyelamatkan mangsa banjir di Sungai Putat, Ayer Keroh semalam.

 

Allahyarham dikejarkan ke Hospital Melaka sebelum dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 3.11 pagi tadi. - DagangNews.com