Skip to main content
Kolum WAINUIOMATA - 25 November 2021

Muktamad: Tamatkan tugas menguruskan Yusuf Islam

 

 

SUKAR rasanya untuk saya memilih kerjaya di antara pilihan yang ada. Selain, itu saya mendapat kerja di tempat-tempat lain tetapi tidak begitu signifikan.

 

Tawaran dari Saeed Ahmad Saeed cukup menggembirakan kerana Pulau Palma adalah impian saya semenjak bekerja dengan Dubai Internet City. Sering memanggil-manggil kerana Pulau Palma berdekatan dengan Dubai Internet City.

 

Pertama kali menjejak kaki ke Pulau Palma pada waktu pembinaan sebagai rakyat Malaysia yang mula-mula tiba di situ. Dengan Dr Osama Al Ahli untuk melihat Pulau Palma dengan menaiki bot.

 

Sewaktu bekerja di DuTel, saya diarahkan memberi konsultansi untuk Pulau Palma kerana syarikat bersama di bawah Dubai World. Saya sempat menghabiskan tender telekomunikasi untuk Pulau Palma dengan menggunakan wang sendiri kerana kesuntukan masa.

 

Saya dimarah oleh Dr Osama Al Ahli yang mengatakan projek Pulau Palma adalah kepunyaan Dubai dan mesti mengeluarkan duit dari dananya yang berbilion dirham.

 

Saya hanya membiarkan kerana kesuntukan masa dan tidak sangka semuanya di balas dengan baik. Apabila Saeed memberi tawaran sebagai ketua telekomunikasi Pulau Palma.

 

Tawaran yang tidak boleh ditolak kerana projek ini cukup besar bernilai bilion-bilion.

 

Dari udara, kepulauan ini menyerupai pokok palma yang digayakan dalam bulatan. Pulau Palma dibina pada awal abad ke-21 dan sebahagian besarnya dibiayai daripada pendapatan besar Dubai daripada petroleum.

 

wainuiomata

 

Trunk, spine, fronds, dan crescent adalah nama yang digunakan untuk mengetahui sektor utama Pulau Palma. Trunk yang luas, disambungkan ke tanah besar dengan jambatan, berfungsi sebagai pintu masuk ke pembangunan.

 

Satu lagi jambatan menghubungkan trunk ke spine, paksi tengah sempit dari mana 17 fronds. Crescent ialah pemecah ombak yang hampir mengelilingi sektor lain.

 

Ia dibahagikan kepada tiga bahagian supaya memudahkan peredaran air laut.

 

Terowong kenderaan menghubungkan trunk ke crescent, dan monorel transit berjalan kira-kira 4.8 km dari tanah besar ke crescent melalui frond dan trunk.

 

Crescent adalah 200 meter lebar dan kira-kira 17 km panjang semuanya. Sekurang-kurangnya 560 hektar tanah baharu telah diwujudkan kesemuanya, dalam kawasan kira-kira 5 km diameter.

 

wainuiomata

 

 

Pemaju Palm Jumeirah ialah pada mulanya Pulau Palm yang dibawah Saeed kemudian dibawah Nakheel, sebuah syarikat hartanah yang kini dimiliki oleh kerajaan Dubai.

 

Pelan induk itu telah disediakan oleh Helman Hurley Charvat Peacock, sebuah firma seni bina Amerika. Pulau-pulau kecil itu kebanyakannya diperbuat daripada pasir yang dikorek dari lantai Teluk Parsi, tetapi bahagian sisi crescent yang terdedah kepada laut terbuka telah ditambat dengan batu dan batu besar dari tanah besar.

 

Kerja dimulakan pada tahun 2001, dan tanah serta infrastruktur asas telah siap pada tahun 2004. Pembinaan bangunan bermula pada tahun 2006, dan penduduk pertama tiba pada tahun 2007.

 

Ia dibina melalui proses mengorek 3,257,212,970.389 kaki padu pasir dari Teluk Parsi dan kemudian menyemburkannya ke tempatnya, menambah hampir 50 batu ke pantai Dubai. Satelit GPS digunakan untuk memastikan ketepatan tempat pasir disembur untuk menghasilkan bentuk pokok palma.

 

Inilah pengalaman seumur hidup menyaksikan pembinaan pulau-pulau tersebut membentuk Palm Jumeirah yang ikonik di Dubai. Kepulauan berbentuk pokok palma buatan manusia.

 

wainuiomata

 

Pulau buatan manusia itu menelan belanja dianggarkan $12bn untuk disiapkan.

 

Pulau Palma  bertujuan untuk menjadi yang pertama daripada tiga pembangunan luar pesisir berbentuk serupa di Dubai.

 

Yang lain, Palm Jebel Ali dan Palm Deira, kedua-duanya jauh lebih besar daripada Pulau Palma atau Palm Jumeirah tetapi masih belum siap kerana ketidaktentuan ekonomi.

 

Juga tidak lengkap ialah The World, kumpulan pulau buatan yang bertujuan, setelah siap, menyerupai peta dunia.

 

Panggilan mega tetapi Kepulauan Palm Dubai mungkin merupakan salah satu projek mega paling berani di UAE. Selalunya dirujuk sebagai 'keajaiban kelapan dunia' Pulau Palma Dubai adalah pulau buatan manusia terbesar di dunia dan mengambil nama mereka daripada bentuk pokok palma buatan.

 

Pulau-pulau luar pesisir ini dicipta dari tanah tebus guna dan sejak itu menjadi destinasi percutian yang popular berkat keunikannya dan perdagangan pelancong Dubai yang berkembang pesat.

 

Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum
Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum

 

Kepulauan Palma telah diimpikan oleh Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum untuk menarik lebih banyak minat ke Dubai apabila bekalan minyaknya semakin berkurangan.

 

Bekerjasama dengan syarikat pembangunan tempatan Nakheel Properties, visi Sheikh sejak itu bertanggungjawab untuk menarik pelancong ke pantai yang lebih kecil dan iklim padang pasir di Dubai, satu pencapaian yang sebelum ini terbukti sukar.

 

Kepulauan Palma telah siap dalam masa empat tahun sahaja, dengan setiap pulau menggunakan lebih 53 juta paun pasir dan 12 juta paun batu untuk dicipta.

 

wainuiomata

 

 

Saya telah memilih haluan dengan Pulau Palma atau yang dikenali kini sebagai Palm Jumeirah dengan mengambil keputusan untuk memberitahu Yusuf Islam. Saya sudah tidak boleh bekerja dua tempat di satu masa yang memerlukan konsentrasi sebagai ketua telekomunikasi.

 

Saya telah bersedia untuk telekomunikasi termasuk rangkaian satelit, Internet, telefon bimbit dan pada masa itu 3G yang canggih untuk Pulau Palma!

 

 

Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com

 

 

KLIK DI SINI UNTUK HIMPUNAN KOLEKSI TULISAN WAINUIOMATA

 

 

Portfolio Tags