Fiksyen Sosial jayakan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025
Oleh Prof Dr Abdol Samad Nawi
Adakah ia akan menjadi satu cabaran besar di UiTM?
Seperti yang kita ketahui UiTM sebagai sebuah IPT yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai serta mempunyai kampus di seluruh negara, dan ini merupakan satu kriteria unik UiTM.
Di UiTM semua agenda keusahawanan universiti terpusat pada MASMED yang bertindak untuk merangka dan menjalankan aktiviti keusahawanan termasuklah usaha untuk menjayakan PTK-IPT 2021-2025 ini.
Dengan guna tenaga modal insan yang amat kecil di MASMED, kita bukan sahaja perlu menggerak dan menjayakan PTK-IPT 2021-2025 ini bahkan yang lebih utama adalah melihat bagaimana kerangka EKOSISTEM KEUSAHAWANAN UiTM dapat digerakkan dalam mencapai PTK-IPT 2021-2025 ini.
Dalam erti kata menjalankan satu agenda untuk mencapai dua matlamat di dua peringkat yang berbeza, semestinya di peringkat universiti mahupun di peringkat kementerian.
Di UiTM, dalam memastikan bahawa UiTM akan menjadi Tersohor Dunia menjelang 2025, MASMED membawakan satu naratif baru dalam bidang keusahawanan di UiTM dengan memperkenalkan satu FIKSYEN SOSIAL baru atau dalam bahasa Inggerisnya, “SOCIAL FICTION”.
Kita sering dengar tentang “SCIENCE FICTION” tapi jarang sekali kita membincangkan tentang “SOCIAL FICTION” ini.
FIKSYEN SOSIAL ini merupakan satu usaha anjakan paradigma yang sistematik, dan dalam keadaan ini FIKSYEN SOSIAL yang diperkenalkan di MASMED adalah menerapkan nilai-nilai keusahawanan melalui MINDA, HATI dan JIWA setiap mahasiswa UiTM dan tidak semestinya mereka berkecimpung sebagai ahli perniagaan.
Mahasiswa ini bebas memilih hala tuju masa depan mereka dan dalam masa yang sama mereka di lengkapi dengan MINDA, HATI dan JIWA keusahawanan.
UiTM merupan sebuah IPT yang terbesar dan FIKSYEN SOSIAL yang di perkenalkan perlu di pacu oleh MASMED dan bertindak sebagai “GAME CHANGER” atau agen perubahan dalam masyarakat di Malaysia khususnya dalam bidang keusahawanan di universiti.
Melalui pegangan asas inilah EKOSISTEM KEUSAHAWANAN UiTM akan dipacu untuk mencapai PTK-IPT 2021-2025.
Sudah semestinya sebagai sebuah universiti yang terbesar usaha untuk mencipta, menyemai dan menyampaikan Nilai Keusahawanan ini kepada seluruh mahasiswa, warga universiti dan alumni meliputi seluruh cawangan dan pelbagai latar belakang fakulti mempunyai cabaran yang besar.
Namun apabila kita mencuba, ianya mula membuahkan hasil membawa kami berubah dari satu fasa ke fasa yang baru.
Pelan Tindakan Keusahawanan-IPT 2021-2025 ini akan dipacu oleh MASMED dan UITM dengan jayakan melalui FIKSYEN SOSIAL yang digarap dalam EKOSISTEM KEUSAHAWANAN UiTM.
Secara keseluruhan, kita harus sama mengakui bahawa keusahawanan merupakan pemacu kritikal inovasi dan pertumbuhan ekonomi terpenting.
Oleh itu, memupuk minda, hati dan jiwa keusahawanan dalam kalangan mahasiswa, warga universiti dan alumni adalah bahagian penting dalam strategi pertumbuhan ekonomi negara menjelang 2030. – DagangNews.com
Prof Dr Abdol Samad Nawi adalah Penolong Naib Canselor (Keusahawanan), Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED), Universiti Teknologi MARA