Nikmati Tawaran Jaringan Prihatin Yoodo serendah RM20 sebulan | DagangNews Skip to main content

Nikmati Tawaran Jaringan Prihatin Yoodo serendah RM20 sebulan

 

 

KUALA LUMPUR 7 Mei - Yoodo, perkhidmatan mudah alih digital sepenuhnya dan boleh ubah yang pertama di Malaysia kini menawarkan Jaringan Prihatin Yoodo terbuka kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan di
bawah program Bantuan Prihatin Rakyat. 

 

Pelanggan Yoodo yang layak akan menikmati data berkelajuan tinggi 80GB setiap bulan dengan bayaran bulanan RM20. 

 

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, tawaran Jaringan Prihatin ini menyediakan pelan data berkelajuan
tinggi pada kadar mampu milik bagi membolehkan rakyat Malaysia sentiasa kekal berhubung.

 

“Sama ada anda seorang usahawan digital yang berniaga melalui media sosial, ataupun seorang penunggang penghantaran yang mencari arah di jalanan dengan pantas, tawaran kami akan menyediakan data yang lebih daripada mencukupi untuk menyelesaikan tugasan harian," katanya dalam kenyataan.

 

Pendaftaran untuk program ini bermula 5 Mei sehingga 31 Julai 2021. 

 

Para pengguna akan mendapat akses terus kepada tawaran ini selama 12 bulan sehingga 31 Julai 2022, yang juga merupakan tarikh akhir untuk penebusan tawaran yang disubsidikan tersebut.

 

Mereka boleh menyemak kelayakan mereka mendaftar untuk perkhidmatan tersebut melaui aplikasi Yoodo. 

 

Tawaran data 80GB Yoodo memberikan Pas Prihatin 20GB data berkelajuan tinggi pada harga RM20 dan membolehkan pengguna untuk mendapatkan 2GB tambahan percuma setiap hari, yang boleh digunakan dalam tempoh satu jam.

 

Tawaran Prihatin Pass 20GB tersebut pada asalnya berharga RM35, namun subsidi sebanyak RM15 telah diberikan melalui inisiatif Jaringan Prihatin.

 

Dikelolakan oleh Kementerian Kewangan, Jaringan Prihatin merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat mereka yang layak untuk kekal berhubung dan beralih ke arah digital melalui dana berjumlah RM1.5 bilion.

 

Kepada mereka yang inginkan lebih banyak tawaran, Yoodo kini sedang mengadakan promosi perayaan melalui kempen Pilihan Riang Raya di mana pelanggan sedia ada berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa termasuk iPhone 12 dengan hanya berbelanja sebanyak RM50 setiap bulan selama 2 bulan berturut-turut. 

 

Melalui Raya Bersama Tropicana & Yoodo, pelanggan baru akan diberikan kedit Yoodo bernilai RM5 untuk dengan pembelian pek berkembar jus oren Tropicana Twister yang boleh didapati di kedai-kedai runcit di seluruh Semenanjung Malaysia. - DagangNews.com