Skip to main content
DagangNews.com
Kolum WAINUIOMATA - 15 April 2021

Pegang 2 jawatan serentak di Dubai, serta uruskan Cat Stevens

 

 

SAYA akhirnya mendapat dua tawaran kerja pada masa serentak, satu untuk Cat Stevens dan satu lagi untuk DuTel, yang baru ditubuhkan di bawah Ports, Costoms and Free Zone Corporation. Dua jawatan yang berbeza seperti langit dan bumi.

 

Saya memberitahu kedua-dua pihak dan mereka bersetuju untuk saya memegang dua jawatan yang berbeza dengan mengatur masa mengikut jadual. Oleh kerana perbezaan jam antara London dan Dubai, saya bekerja dengan Cat Stevens pada waktu tengahari.

 

Dari pagi saya bekerja dengan DuTel dan pihak DuTel berasa gembira untuk berkenalan dengan Cat Stevens termasuk pengarah-pengarahnya. Bukan senang untuk berkenalan dengan seorang superstar dunia.

 

Saya rasa teruja dengan pihak pengurusan DuTel yang memberi galakan untuk saya terus bersama Cat Stevens walaupun tugas mencabar. Saya harus bertemu dengan banyak syarikat di Dubai Free Zone untuk menyatakan hasrat.

 

MINGGU LEPAS : Misi rahsia untuk tubuhkan firma telekomunikasi baharu di Dubai

 

Ports, Customs and Free Zone Corporation (PCFC) adalah sebuah syarikat kerajaan Dubai yang menyatukan peranan anak syarikat dan entiti penyusunnya. Secara rasmi ditubuhkan pada tahun 2001 sewaktu saya dengan Dubai Internet City, entiti di bawah payung PCFC merangkumi beberapa jabatan kerajaan yang paling lama berkhidmat dan berjaya secara komersial.

 

dewi

 

Dari masa ke masa, entiti ini telah berkembang dari segi jumlah dan kepelbagaian, mulai dari Kastam Dubai, pelabuhan utama seperti Port Rashid dan Jebel Ali, dan hingga Pelaburan dan Hotel PCFC yang jauh.

 

PCFC kini memiliki lebih dari 3,600 pekerja di dalam semua entiti di Dubai, memberikan perkhidmatan kepada peniaga, syarikat dan isi rumah. Pada tahun 2015, PCFC telah memproses lebih dari 800 bilion AED pelaburan asing langsung dalam kategori import, eksport dan eksport semula.

 

Kejayaan ini umumnya disebabkan oleh penggunaan teknologi inovatif yang menjadi nadi setiap perniagaan PCFC. Teknologi seperti sistem pengisytiharan Kastam elektronik pintar Dubai Customs - Mirsal, yang tidak hanya berkembang menjadi salah satu platform kastam berteknologi tinggi paling moden tetapi juga telah disatukan dengan platform fasilitasi perdagangan Dubai.

 

PCFC adalah salah satu badan kerajaan utama yang menyumbang dan mendorong visi ekonomi, sosial, geografi dan politik Dubai.

 

Sheikh Maktoum Bin Rashid Al Maktoum
Sheikh Maktoum Bin Rashid Al Maktoum

 

Ini adalah visi yang diwarisi dari pengasas syarikat itu sendiri, Almarhum Sheikh Maktoum Bin Rashid Al Maktoum. Penguasa Dubai, yang memiliki pandangan jauh untuk menyatukan Kastam Dubai, Pelabuhan Dubai dan Penguasa Zon Bebas di bawah satu pentadbiran.

 

Sejak penubuhannya, PCFC telah menjadi pelopor perdagangan dan adat istiadat tidak hanya di Dubai tetapi di seluruh wilayah. Ini telah memacu perniagaan yang membina beberapa mercu tanda Dubai yang paling ikonik, mencipta semula konsep Zon Bebas dan terus menjadi pemangkin dalam lanskap perniagaan yang sentiasa berubah.

 

Sebagai syarikat induk dengan sejarah menentukan masa depan, PCFC terus berbangga menjadi pemboleh, inovator dan arkitek perniagaan yang mendorong negara maju.

 

PCFC dipengerusikan oleh Sultan Ahmad bin Sulayem yang turut saya kenali dan berkawan baik sejak menyertai PCFC. Saya merasa bertuah terpilih untuk menjadi COO DuTel sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk memecahkan tradisi monopoli Etisalat.

 

Triton2020

 

Pada masa itu, Etisalat adalah kejayaan dengan memegang telekomunikasi UAE dan sudah tiba masanya untuk berlawan sebagai pesaing. Etisalat tidak sukakan pencabar.

 

Begitupun DuTel ditubuhkan dengan rahsia dengan lokasi syarikat berbeda dari PCFC. Saya terpaksa menunggu pengubahsuaian pejabat di Lebuh raya Sheikh Zayed.

 

Sementara itu saya bertemu dengan ramai pemimpin kerajaan Malaysia yang berkunjung ke Dubai Internet City. Seorang daripadanya yang saya temui ialah (Tun) Mohd. Ali bin Mohd. Rustam berseorangan sewaktu masih menjadi ketua menteri Melaka. Dia mahu mengambil lif.

 

ali rustam
Mohd Ai Rustam

 

Saya menegur. Mohd Ali terkejut.

“Orang Malaysia?”

Saya mengiyakan dan dia segera bertanya.

“Kerja di sini?

Saya menjawab ya.

Kami pergi ke satu tempat. Dia berkata dia hanya berjalan Di Dubai Internet City tanpa ada tujuan selain melihat tempat.

Saya membawa dia berjalan di Dubai Internet City dengan penerangan mengenainya. Kami berjalan berdua.

Dia akhirnya bertanya, “Berapa gaji awak?”

Saya tergelak.

“Kenapa?”

“Sebab saya nak tawarkan kerja di Melaka.”

Saya lagi tergelak.

“Tak mungkin saya balik Malaysia sebab kerja di Dubai ini seronok dan mencabar.”

Dia terus bertanya dan kemudian memberi nombor telefon untuk bertemu di sebelah petang.

 

emkay
Mustapha Kamal

 

Saya telah dihubungi oleh Tan Sri Mustapha Kamal, pengerusi eksekutif Kumpulan EMKAY untuk membawa rombongan Cyberjaya ke Dubai Internet City. Ini adalah selepas lawatan Dr Mahathir yang membuka minda ramai usahawan dan ahli perniagaan tentang kejayaan Dubai Internet City yang melebihi Cyberjaya.

 

Tan Sri Mustapha baik dengan saya dan saya membawa dia untuk keluar bersiar-siar di kota Dunai dan Sharjah. Bila pulang saya terus bertemu dengannya dan makan bersama.

 

Ada ramai saya bertemu termasuk usahawan dan ahli perniagaan Malaysia yang kalau di tanahair bukan senang untuk bertemu!

 

BERSAMBUNG...

 

Mohd Fudzail Mohd Nor adalah Karyawan Tamu di UniSZA dan telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com

 

 

BACA JUGA WAINUIOMATA : Aktif gerakan reformasi 1999, TV3 buang kerja!!!

dan

Polis SB cam penyokong reformasi di Dubai

Dr Othman Yeop beritahu, Dr Mahathir akan datang melawat Dubai

Gergawi tanya : Are you on the take?

Sheikh al Maktoum bagi tugasan mendadak

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags