Pegangan asing saham Sime Darby Property meningkat 2 bulan berturut-turut | DagangNews Skip to main content

Pegangan asing saham Sime Darby Property meningkat 2 bulan berturut-turut

 

KUALA LUMPUR 10 Jun - Sime Darby Property Berhad menyaksikan pemegangan asing dalam sahamnya meningkat untuk dua bulan berturut-turut. 

 

Berdasarkan data yang diperoleh dari laman web syarikat itu, pemegangan asing dalam sahamnya meningkat kepada 9.96% pada April 2021 daripada 9.88% pada bulan sebelumnya. 

 

Bulan Februari 2021 pula menyaksikan 9.79% pemegangan asing, menurun daripada 9.80% pada Januari 2021.

 

SD Property
Sumber : Laman web Sime Darby Property

 

Sejak disenarai awam pada tahun 2017, syarikat mencatatkan pemegangan asing tertinggi pada Januari 2018, iaitu 15.05% sebelum menyusut dengan ketara kepada 11.78% pada November 2019.

 

Data itu juga menunjukkan sejak April 2020, pemegangan saham syarikat mula berada di bawah 10% seiring penularan gelombang kedua COVID-19 di dalam negara. 

 

Setakat April 2021, syarikat mencatatkan nilai pasaran berjumlah RM4.52 bilion dengan purata jumlah dagangan sebanyak 1.84 juta saham.

 

SD Property
Sumber : Laman web Sime Darby Property

 

Dalam bulan sama, jumlah dagangan tertinggi dicatatkan pada 6 April 2021, berjumlah 10.44 juta saham.

 

Sime Darby Property juga menyaksikan harga sahamnya meningkat 1.53% setakat 30 April 2021 dengan harga tertinggi iaitu 0.695 sen dicatatkan pada 7 April 2021. 

 

Pemegang saham utama syarikat termasuk AmanahRaya Trustees Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di mana masing-masing memiliki 44.98% dan 9.59% setakat 15 Mac 2021.

 

Ketika laporan ditulis, harga saham Sime Darby Property berada pada kadar 0.625 sen, dengan nilai pasaran sebanyak RM4.25 bilion. - DagangNews.com