Pemberian dos vaksin Malaysia cecah lebih 4 juta | DagangNews Skip to main content

Pemberian dos vaksin Malaysia cecah lebih 4 juta

Vaksinasi COVID-19. Kredit gambar The Star

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 11 Jun - Jumlah kumulatif pemberian dos vaksin di Malaysia mencecah 4.1 juta setakat 10 Jun 2021.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah kumulatif yang dicapai itu meliputi 2.8 juta dos vaksin pertama dan 1.2 juta pemberian dos kedua.

 

.

 

Menurut statistik semasa JKJAV, keseluruhan negeri terus mencatatkan peningkatan jumlah pemberian vaksin.

 

Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan pemberian dos pertama yang tertinggi iaitu 483,363 dan 418,048.

 

Bagi pemberian dos vaksin secara harian harian semalam, sebanyak 157,949 dos berjaya diberikan di seluruh negara.

 

.

 

Jumlah berkenaan meningkat lebih tinggi melepasi kadar sasaran harian iaitu 150,000 dos.

 

Jumlah pemberian dos yang dicatatkan semalam terdiri daripada 111,130 dos pertama dan 46,819 pemberian dos kedua. - DagangNews.com