Skip to main content

Peraduan Nescafe tawar hadiah RM250,000, Proton Saga untuk pemenang bertuah sempena sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 26 Mei - Nescafe, jenama kopi kegemaran dunia membawa kembali "Peraduan NESCAFÉ Jom Beli & Raikan Bersama" dengan menawarkan hadiah-hadiah bernilai RM250,000 sempena sambutan Hari Gawai di Sarawak dan Pesta Kaamatan di Sabah.

    

Orang ramai juga berpeluang memenangi dua buah unit kereta Proton Saga 1.3 AT, dengan satu unit untuk setiap negeri serta pelbagai hadiah lain yang menarik termasuk jongkong emas 18G untuk pemenang tempat pertama mingguan, dan peralatan rumah untuk dimenangi setiap minggu sepanjang tempoh peraduan.

 

Pegawai Eksekutif Perniagaan Minuman, Nestlé (Malaysia) Berhad, Othman Chraibi berkata, perayaan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan adalah penting kerana sambutan itu menandakan tuaian yang baik bagi para petani tempatan. 

 

Beliau berkata, kedua-dua perayaan itu disambut setiap tahun dalam kalangan masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut di Sabah, dan komuniti Dayak di Sarawak sebagai tanda kesyukuran atas hasil penuaian yang melimpah. 

 

"Ini boleh diumpamakan dengan usaha kami untuk memperoleh hasil biji kopi yang baik untuk menghasilkan secawan kopi yang lazat. Nescafe juga ingin memupuk semangat kasih sayang, perpaduan dan persahabatan sesama rakyat, seiring dengan semangat perayaan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.

 

"Peraduan tahunan ini membolehkan kami menghargai para pengguna Nescafe dan mencipta pengalaman kopi yang berbeza dalam kehidupan seharian orang ramai. Selain hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan oleh peraduan ini setiap minggu, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan dalam kedai untuk masyarakat tempatan sepanjang bulan Mei dan Jun,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Pengguna boleh menyertai peraduan ini dengan membeli produk Nescafe yang terpilih, termasuk Nescafe Classic, Nescafe 3IN1, Nescafe Gold (Jar & Mixes), Nescafe Latte, Nescafe White Coffee, Nescafe Dolce Gusto dan Nestlé Coffeemate, serta produk-produk Nescafe Sedia-Untuk-Diminum dengan nilai minimum RM10 dalam satu resit. 

Penyertaan boleh dihantar melalui salah satu cara berikut:

 

1)    Melalui WhatsApp: Tuliskan nama dan nombor MyKad pada resit asal sebagai bukti pembelian, ambil gambar resit dan hantarkan foto melalui WhatsApp ke 018 228 2627 (Sabah) ATAU 018 228 7022 (Sarawak).

 

2)    Melalui Borang Peraduan: Isikan borang penyertaan dengan butiran yang diperlukan dan hantarkan borang bersama bukti pembelian (masukkan ke dalam sampul surat) ke alamat Peti Surat atau ke dalam kotak penyerahan peraduan.

 

Pengguna boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tanpa had. 

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Peraduan NESCAFÉ "Jom Beli & Raikan Bersama" dan butiran penyertaan peraduan, sila layari www.nescafe.com.my. - DagangNews.com