Perkaitan dinamik kesenibinaan dan keusahawanan dalam konteks cabaran masa hadapan | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
MULANYA DI SINI - 10 January 2022

Perkaitan dinamik kesenibinaan dan keusahawanan dalam konteks cabaran masa hadapan

Oleh Prof Madya IDr Ts Dr Rostam Yaman & Dr Farrah Zuhaira Ismail

 

 

 

BIDANG profesional kesenibinaan – merujuk kepada kerjaya arkitek, perancang bandar, arkitek landskap dan pereka bentuk dalaman.

 

Definisi bagi profesion kesenibinaan secara tradisi adalah suatu atribut jajaran individualisme artistik, yang menganggap kedua-dua merit dalam bangunan tertentu dan kemajuan umum dalam kesenibinaan mengikut konsep peribadi, biasanya gaya, terkandung dalam bangunan dan dikembangkan daripada lapisan generasi arkitek sepanjang peradaban masa.

 

Dalam konteks masa kini, profesion dalam bidang kesenibinaan selain definisi tradisi, telah beranjak ke arah penerokaan dan memperluaskan peluang untuk membuat sumbangan yang berbeza (melangkaui definisi tradisi) dalam menghadapi cabaran masa kini atau pandangan alternatif yang mengikut keperluan peredaran masa.

 

Jika digandingkan definisi kesenibinaan tradisi dalam konteks masa kini dan masa akan datang, cabaran serta risiko global berdasarkan kemungkinan sekarang di mana agak signifikan akan berlaku anjakan paradigma mengikut faktor ekonomi dan akibat perubahan iklim.

 

Gandingan konsep seni bina sebelumnya dengan realiti kontekstual abad ke-21 merubah definisi ini  mengikut risiko global seperti mana yang telah dinilai di Forum Ekonomi Dunia.

 

Antara kemungkinan paling signifikan adalah berdasarkan kepada apa yang berlaku dan mengakibatkan kesan ekonomi global adalah perubahan iklim, krisis fiskal, jurang ekonomi, konflik geopolitik, turun naik harga tenaga yang melampau, kegagalan dalam tadbir urus global, keselamatan air, penyakit kronik, cabaran demografi, rasuah, banjir, ribut dan kehilangan biodiversiti.


 

masmed

 


Jika dilihat melangkaui sudut terminologi, apakah antara perwatakan utama keusahawanan dan aktivitinya?

 

Soroton literatur mengenai keusahawan menunjukkan susunan atribut signifikan yang konsisten diantara kesenibinaan dan keusahawanan, iaitu kreativiti, kebolehan adaptasi, pemikiran kritikal, berkeyakinan, mempunyai inisiatif dan prihatin.

 

Walaupun kebanyakan bidang pekerjaan mungkin juga menyatakan perbezaan mengenai atribut ini adalah penting untuk kejayaan, tetapi ia tidak semestinya begitu dalam bidang kesenibinaan.

 

Arkitek atau pereka bentuk kebiasaannya menggunakan kreativiti dalam setiap cadangan penyelesaian masalah reka bentuk yang amat kompleks, dengan mengadaptasi parameter projek dan konteks persekitaran sesuatu cadangan rekaan binaan.

 

Ini selalunya memerlukan aras pemikiran kritis yang signifikan dan keprihatinan terhadap sesuatu isu dalam skala yang berbagai-bagai.

 

Dan selalunya, ia sukar untuk mencapai sesuatu objektif tanpa tahap kebolehan inisiatif dalam menghadapi ketidaktentuan dan keyakinan dalam menghadapi sesuatu permasalahan atau cabaran penyelesaian reka bentuk.

 

Ia juga merangkumi keperluan untuk mempertimbangkan aktiviti dan proses yang sama seperti dalam konteks keusahawanan iaitu: mengenal pasti peluang, mengeluarkan idea, mengukur kebolehlaksanaan, membangunkan perancangan bisnes yang efektif, menganalisis kehendak industri, saingan, daya kewangan, menghimpunkan ahli kumpulan dan mendapatkan pembiayaan.

 

masmed

 


Mungkin, jika dilihat pada sesuatu peringkat, ia boleh dipertikaikan dalam melalui secara khusus kesemua proses ini, kesenibinaan mungkin ada sedikit kekurangan dalam kapasiti keseluruhan peringkat keusahawanan dan ia mungkin ada benarnya.

 

Bagaimanapun, sorotan kesemua aktiviti dalam proses ini menunjukkan persamaan yang ketara.

 

Arkitek atau pereka bentuk sudah semestinya berkebolehan untuk meneroka sesuatu peluang, menganalisis idea, mengukur kebolehlaksanaan, membangunkan sesuatu perancangan untuk dibina, menjustifikasikan sesuatu rekaan melalui persembahan cadangan dan mendapatkan sokongan pembiayaan kewangan sesuatu projek.

 

Kebarangkalian kekurangan seseorang arkitek atau pereka bentuk bukanlah dari segi atribut profesionalnya atau pengetahuan prosesnya, tetapi dalam kebolehannya dalam mengaplikasi kemahiran untuk tujuannya, iaitu: perniagaan atau usaha niaga yang menarik keperluan umum di sebalik cadangan sesuatu pembangunan binaan persekitaran.

 

Hampir keseluruhan kemahiran yang diajar dalam pendidikan kesenibinaan dan praktis hanya tertumpu pada bangunan dan binaan, bukan pemikiran keusahawanan yang lebih meluas yang mungkin boleh dikaitkan dengan kesenibinaan.

 

Oleh itu, di dalam fraterniti kesenibinaan, sama ada arkitek profesional atau bidang kerja kesenibinaan lain yang berkaitan serta ahli akademik kesenibinaan perlulah membuat anjakan paradigma untuk membawa kemahiran mereka yang bersangkutan dengan kapasiti keusahawanan yang terpendam dengan mengaplikasi secara aktif atribut dan pemikiran keusahawanan ini ke arah peluang-peluang tanpa batasan yang ada pada masa kini dan mendatang. – DagangNews.com

 

 

Prof Madya IDr Ts Dr Rostam Yaman adalah Koordinator Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED) Universiti Teknologi MARA
Dr Farrah Zuhaira Ismail adalah Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pembinaan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

 

Portfolio Tags