Petronas terus usaha dalam peralihan tenaga, pertingkat ekplorasi minyak fosil | DagangNews Skip to main content

Petronas terus usaha dalam peralihan tenaga, pertingkat ekplorasi minyak fosil

Oleh MOHAMED MD DOM

KUALA LUMPUR 14 Sept — Petroliam Nasional Bhd akan terus mengimbangi portfolionya antara peralihan tenaga dan meneroka medan minyak baru yang merupakan aktiviti teras syarikat itu, kata timbalan presiden penerokaan, industri huluan (upstream) Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman.

 

Menurutnya, Petronas harus mengimbangi antara kelansungan dan daya maju syarikat dan melihat dari senario semasa, meskipun terdapat perubahan dari aspek penawaran bekalan bahan api tradisional di seluruh dunia serta pelaburan berkaitan, permintaan untuk bahan api fosil kekal konsisten berikutan perubahan gaya hidup dan sebagainya.

 

“Pada masa yang sama, kami (Petronas) sedar akan peranan kami untuk memastikan jaminan keselamatan bekalan minyak,” beliau berkata ketika menjadi panelis dalam sesi bertajuk pleno eksekutif: melakar masa hadapan minyak, gas dan tenaga di rantau ini.

 

Sesi tersebut dianjurkan sempena dengan Minyak dan Gas Asia 2022, Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia dan Persidangan Kelestarian Petrokimia selama tiga hari bermula semalam.

 

Mengenai prospek industri minyak, Mohd Rehdani berkata jaminan bekalan tenaga amat penting terutamanya jika peralihan tenaga ke tenaga alternatif mengambil masa yang lebih lama.

 

Oleh itu, Petronas akan tetap berusaha unruk mencapai sasaran dua juta tong minyak bersamaan (boe) berbanding 1.9 juta boe pada tahun lepas. 


 

Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman
               Mohd Redhani Abdul Rahman

 


Beliau turut menjelaskan bahawa syarikat pengeluar minyak negara itu juga akan meningkatkan aktiviti penerokaan minyak dalam masa lima tahun akan datang serta menganggqrkan projek antara 20 projek hingga 25 projek dalam tempoh yang sama.

 

“Ini adalah lebih tinggi berbanding sekitar 18 projek dua tahun ke tiga tahun yang lepas dan kita juga mahu menyasarkan lebih banyak eksplorasi dalam medan greenfield berbanding majoriti dalam lapangan brownfield,” jelas beliau lagi.

 

Mengulas mengenai situasi dan krisis tenaga di Eropah, terutamanya Jerman, Mohd Redhani berkata situasi sekranag memerlukan Petronas untuk bersiap siaga atas segala kemungkinan terutamanya apabila gangguan kecil boleh menyebabkan rantaian bekalan berlaku dan dan memberi kesan kepada Asia Pasifik.

 

Sementara itu, perhimpunan profesional minyak dan gas terbesar di asia Tenggara kembali dengan rekod pra-pendaftaran sebanyak 20,000 pempamer, delegasi Persidangan, penaja dan pelawat dari 45 negara dan daerah.

 

Agenda persidangan termasuklah penyahkarbonan operasi, amalan ekonomi sitkular, dan pemboleh yang menyokong peralihan.

 

Tumpuan penting perhimpunan ini termasuklah sesi mengenai aspirasi karbon sifar bersih oleh kapten industri dan impak kelestarian menjelang 2050. - DagangNews.com