PM Ismail Sabri hadir Rumah Terbuka ADUN Tanjung Bidara | DagangNews Skip to main content

PM Ismail Sabri hadir Rumah Terbuka ADUN Tanjung Bidara

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam (duduk, tengah) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (duduk, dua kiri) hadir pada Majlis Rumah Terbuka Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. - Gambar BERNAMA

ALOR GAJAH 30 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh di rumahnya di Kampung Pulau, Masjid Tanah di sini malam tadi.

 

Ismail Sabri, yang tiba kira-kira 8.45 malam disambut Ab Rauf bersama kepimpinan kerajaan negeri termasuklah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

 

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abdul Rahman, menurut Bernama.

 

Turut hadir barisan Exco kerajaan negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan ribuan penduduk sekitar. - DagangNews.com