RichWorks fokus Inner Circle Meeting kepada usahawan Indonesia | DagangNews Skip to main content

RichWorks fokus Inner Circle Meeting kepada usahawan Indonesia

Datuk Wira Dr. Azizan Osman berbual dengan Dr. Sandiaga Uno secara maya semasa acara Inner Circle Meeting (ICM) di Bali, Indonesia. - Gambar RichWorks

BALI 9 Sept - RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bersama RichWorks Indonesia menjadi jambatan ilmu keusahawanan Malaysia dan Indonesia yang terbukti dalam membangun bisnes berjaya.

 

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, usaha tersebut dapat direalisasikan hasil kepimpinan mantap daripada Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia (Menparekraf), Dr. Sandiaga Uno.

 

Katanya, seramai 366 usahawan termasuk 30 dari Indonesia akan dipersiapkan dengan ilmu keusahawanan bagi mendepani cabaran ekonomi masa ini.


 

richworks

 


“Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman memfokuskan dalam Inner Circle Meeting (ICM) Indonesia mengenai Business Sustainability Strategy khusus buat usahawan.

 

“Bagaimana usahawan-usahawan mampu harungi tempoh ekonomi krisis dalam sejarah dunia ke hadapan ini.

 

“Kebanyakan bisnes akan terus ‘tersekat’ pada tahap sama atau tersungkur jika tak bersedia,” katanya dalam ICM Indonesia di sini, semalam.

 

Yang turut hadir, Direktur Kuliner, Kriya, Desain dan Fesyen Kemenparekraf, Yuke Sri Rahayu; Pengerusi Eksekutif RichWorks, Datuk Jerry Rizal; Pengarah Eksekutif, Hasnita Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif RichWorks Indonesia, Aryani Firdaus dan Ketua Pegawai Operasi, Ahmad Rizal Tarigan.

 

 

richworks

 

 

Radz menambah, sebenarnya masih ada peluang bagi usahawan-usahawan untuk berkembang meskipun ketika ada banyak cabaran.

 

“Atas sebab itu, baru-baru ini RichWorks lancarkan program 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober nanti,” ujarnya.


 

richworks

 


Sementera itu, Dr. Sandiaga memberitahu, potensi kolaborasi bersama RichWorks dilihat akan menaikkan tahap bisnes dan transformasi digital buat PMKS.

 

“Saya pun jatuh bangun berniaga, kuncinya dengan belajar dan pementoran jadi prasyarat untuk jadi usahawan berjaya.

 

“Kita perlu kerja keras, kerja cergas dan kerja tuntas. Sebanyak 1.1 juta peluang pekerjaan baru diharap dapat dicapai tahun ini,” ujarnya. – DagangNews.com