Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$110.6 bilion | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$110.6 bilion

 

KUALA LUMPUR 21 Mei - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan jumlah AS$110.6 bilion setakat 12 Mei 2021.

 

"Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek," jelas BNM dalam satu kenyataan hari ini.

 

Berdasarkan jadual yang disertakan bersama-sama kenyataan itu, komponen utama seperti rizab mata wang asing berada pada kadar AS$101.3 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.5 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$4.5 bilion).

 

Dalam pada itu, aset-aset berkenaan yang merangkumi emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR bernilai RM458.92 bilion.

 

Kertas Kerajaan Malaysia pula berjumlah RM11.43 bilion, deposit dengan institusi kewangan (RM2.80 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM19.85 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), serta aset-aset lain (RM15.84 billion).

 

Modal dan liabiliti yang terdiri daripada modal berbayar berjumlah (RM100 juta), seterusnya rizab (RM175.10 billion), mata wang dalam edaran (RM146.01 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM147.82 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM11.71 bilion), lain-lain deposit (RM9.63 bilion), kertas Bank Negara (RM9.48 bilion), peruntukan SDR (RM7.90 bilion), dan lain-lain liabiliti (RM5.22 bilion).- DagangNews.com