RMKe-12 : Ekosistem ekonomi gig akan diwujudkan | DagangNews Skip to main content

RMKe-12 : Ekosistem ekonomi gig akan diwujudkan

 

KUALA LUMPUR 27 Sept - Kerajaan akan mewujudkan ekosistem yang menyokong perkembangan ekonomi gig bagi menggalakkan rakyat memanfaatkan sepenuhnya peluang tersebut.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menyedari ekonomi gig merupakan sumber penting pertumbuhan ekonomi.

 

''Ia telah membuka peluang yang lebih besar kepada rakyat untuk menambah pendapatan, termasuk menawarkan perkhidmatan menggunakan platform digital seperti ‘e-hailing’ dan ‘p-hailing’,'' kata beliau semasa membentangkan RMKe-12 di Parlimen, hari ini. - DagangNews.com