Sarawak hanya terima pelancong luar selepas vaksinasi selesai | DagangNews Skip to main content

Sarawak hanya terima pelancong luar selepas vaksinasi selesai

Sarawak

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Sarawak hanya akan menerima kunjungan pelancong luar selepas program vaksinasi COVID-19 di negara ini selesai.

 

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, pihaknya sudah membuat persiapan awal untuk memastikan pengoperasian sektor pelancongan negeri selepas vaksinasi kelak.

 

"Pada waktu ini, kita belum berhasrat membuka sektor perlancongan (Sarawak) kepada pengunjung luar, sehingga proses vaksinasi ini selesai dan kita perlu melihat hasil daripada pelaksanaan program imunisasi peringkat kebangsaan dan negeri.

 

"Kami di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sudah melakukan persiapan awal dalam memastikan sektor perlancongan negeri kembali seperti biasa selepas program vaksinasi," jelasnya seperti dilapor DayakDaily hari ini.

 

Semalam, Malaysia berjaya menerima bekalan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 

.

 

Majlis simbolik penyerahan dan penerimaan bekalan vaksin itu disempurnakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

 

Malaysia akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 24 Februari 2021 melalui tiga fasa.

 

Sarawak dijangka menerima penghantaran pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada Rabu, 24 Februari 2021.

 

Penerimaa kumpulan pertama vaksin bagi daerah Miri pula dijangka pada 6 Mac depan. 

 

Mengulas berkaitan perancangan pelancongan Sarawak, beliau memberitahu, pihaknya telah merancang sebanyak 115 acara bagi sektor pelancongan negeri bagi tahun 2021.

 

Usaha tersebut dibuat sebagai inisiatif untuk memulihkan sektor pelancongan Sarawak. - DagangNews.com