Skip to main content

Sasaran 4 projek baharu tingkat prospek pertumbuhan masa hadapan Yinson

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Jun - RHB Research menjangkakan Yinson Berhad bakal meraih projek baharu daripada empat yang disasarkan bagi meningkatkan prospek pertumbuhan pendapatannya pada masa akan datang.

 

Firma itu berkata, pengendali penyimpanan dan pemunggahan pengeluaran terapung (FPSO) merupakan tiga projek yang disasarkan di Angola dan satu di Suriname.

 

"Ia menekankan bahawa projek Agogo ENI, dengan anggaran perbelanjaan modal melebihi AS$1bil (RM4.4 bilion) akan diraih pada 2022 dan selebihnya pada 2023.

 

"Kumpulan itu, berkeyakinan untuk meraih satu projek dan perbelanjaan ekuiti awal mungkin dibiayai sebahagiannya menerusi bayaran pendahuluan daripada pelanggan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu menjangkakan pendapatan kukuh pada FY24-25 sebaik sahaja mereka memuktamadkan penerimaan terakhir untuk tiga projek baharu.

 

Sementara itu, kumpulan itu berkata, hasil kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan (EPCIC) harus dikekalkan pada FY23 kerana penurunan hasil EPCIC Anna Nery akan diimbangi oleh hasil EPCIC daripada FPSO Maria Quiteria.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM2.83 berbanding RM3.25.

 

Sementara itu, Kenanga Researh percaya, Yinson menjadi pilihan untuk memenangi projek Agogo di Angola, yang dijangka dianugerahkan dalam beberapa bulan akan datang.

 

"Berdasarkan kepada pesaingnya seperti Bumi Armada dan Saipem, Yinson menjadi pilihan memandangkan ia adalah yang paling sihat dari segi kewangan di kalangan mereka.

 

"Sementara itu, kumpulan itu juga mendahului dalam peralihan tenaga, dengan kini kira-kira 1.5GW projek dalam peringkat pembangunan dan kelulusan, kerana ia menyasarkan untuk mencapai neutral karbon menjelang 2030," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperfom' dengan harga sasaran (TP) RM2.50. - DagangNews.com