SDAC anjur Ford Ranger Getaways ke Pulau Pinang pada 18 Jun 2022 | DagangNews Skip to main content

SDAC anjur Ford Ranger Getaways ke Pulau Pinang pada 18 Jun 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Mei - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) akan mengadakan kembara luar jalan durian Ford Ranger Getaways ke Pulau Pinang pada 18 Jun 2022. 

 

Pengalaman ini bakal menjadi satu-satunya pengalaman istimewa dengan menggabungkan kembara luar jalan dan makanan kegemaran Malaysia iaitu durian.

 

Acara ini diadakan selepas program Pengalaman Latihan Ranger/Raptor berlangsung dengan jayanya di Sepang, yang mana para pemilik dapat merasai keupayaan sebenar trak pikap berprestasi mereka.

 

Ford Ranger Getaways merupakan sebuah platform digital yang diwujudkan untuk menawarkan para pelanggan dengan pengalaman unik ‘Live the Ranger Life’ melalui pelbagai pilihan pengembaraan yang menarik.

 

Pengarah Urusan SDAC, Turse Zuhair berkata, secara tidak langsung ia dapat menyokong aktiviti pelancongan tempatan yang terkesan akibat pandemik yang melanda.

 

"Ini merupakan segmen pertama di Malaysia yang mana para pengguna dapat membuat tempahan melalui platform digital, untuk memberi para pelanggan, rakan dan keluarga peluang berkumpul dan mewujudkan kemesraan bersama individu yang mempunyai minat sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Perjalanan luar jalan dua dalam satu ini akan bermula pada 18 Jun 2022 di Ford Juru, Pulau Pinang, dan para peserta akan berkumpul bersama pemilik Ranger lain beserta teman mereka yang mempunyai minat pengembaraan.

 

 

ford

 

 

Para peserta bakal menghala ke Jeti Batu Musang yang mana mereka berpeluang untuk menguji keupayaan Ranger mereka melalui pelbagai jenis laluan atas jalan dan luar jalan, dengan bimbingan para pelatih profesional. Laluan yang bakal ditempuhi termasuk mengharungi air, pemanduan trek hutan, mendaki batu dan banyak lagi.

 

Setelah menempuhi cabaran 4x4, para peserta akan kembali ke Balik Pulau, destinasi terkenal durian, bertempat di Green Acres Orchard, yang ditempah khas buat pengembaraan ini.

 

 

ford
Para peserta bergambar semasa menyertai program Pengalaman Latihan Ranger/Raptor di Sepang, baru-baru ini.

 

 

ford

 

 

ford

 

 

Di samping lawatan sekitar kebun tersebut, para peserta dapat berehat dan menikmati bufet durian tanpa had termasuk menikmati makan tengahari yang menyelerakan.

 

Pengembaraan ini menawarkan pakej berharga RM976 untuk setiap kenderaan dengancadangan maksimum seramai 4 orang.

 

 

ford

 

 

Tempahan dan bayaran boleh dilakukan di laman web SDAC-Ford di platform Ford Ranger Getaways. - DagangNews.com