Set semula kata laluan MyBPR dalam talian, tak perlu ke pejabat LHDN | DagangNews Skip to main content

Set semula kata laluan MyBPR dalam talian, tak perlu ke pejabat LHDN

MyBPR

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh mencipta (set) semula atau menukar kata lalun MyBPR secara dalam talian.

 

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berkata, inisiatif tersebut tidak memerlukan pemohon untuk hadir ke pejabat LHDN.

 

Tindakan set semula atau menukar kata lalun tersebut boleh dibuat dengan mengambil langkah-langkah mudah seperti berikut;

 

1) Layari https://bpr.hasil.gov.my > klik Log Masuk.

 

2) Klik pada TERLUPA KATA LALUAN.

 

3) Masukkan Nombor MyKad dan Klik Semak. Pemohon perlu memasukkan alamat e-mel yang telah didaftarkan.

.

 

 

4) Kata laluan sementara akan dihantar kepada alamat e-mel yang didaftarkan.

.

 

5) Pemohon perlu menggunakan kata laluan sementara yang diterima melalui e-mel yang didaftarkan tersebut untuk log masuk semula ke MyBPR dan seterusnya pemohon hendaklah mencipta kata laluan yang baharu.

 

6) Bagi membantu pemohon melakukan proses ini, Panduan Pengguna Set Semula Kata Laluan boleh diakses di capaian pantas berikut; https://bpr.hasil.gov.my/Download/PANDUAN_PENGGUNA_SET_SEMULA_KATALALUAN_BPR2021.pdf.

 

 

Tambah LHDN, pemohon yang masih menghadapi masalah dalam melakukan proses tersebut boleh menghubungi Hotline BPR di talian 1800-88-2747 atau hadir ke mana-mana Kaunter Perkhidmatan BPR yang berhampiran.

 

"Pemohon yang ingin hadir ke Kaunter Perkhidmatan BPR di pejabat LHDNM adalah dinasihatkan agar mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (S.O.P) pencegahan penularan wabak COVID-19 seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan," jelas LHDN. - DagangNews.com