KUALA LUMPUR 2 Sept – Shopee kini memberikan RM100 kepada pengguna baharu platformnya dan dompet mudah alih ShopeePay melalui sebuah inisiatif yang dikenali sebagai eDuit.
Ini bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyertai ekonomi digital, memperluas usaha pendigitalan negara dan membantu rakyat Malaysia mengharungi pandemik ini menerusi eDuit.
Penerima eDuit yang layak akan menerima manfaat-manfaat yang berikut:
- Kredit ShopeePay bernilai RM25 setelah berjaya mengaktifkan akaun premium ShopeePay mereka;
- Baucar Alu-aluan atau Welcome Voucher sebanyak RM15 yang boleh digunakan untuk pembelian pertama mereka di Shopee;
- Baucar ShopeePay bernilai RM60 yang akan memberi ganjaran dan pulangan tunai yang menarik kepada para pengguna untuk pembelian di kedai-kedai luar talian yang mengambil bahagian.
Inisiatif ini adalah khas untuk mereka yang tidak pernah melakukan sebarang pembelian di Shopee sebelum ini. Para pengguna mempunyai hingga tujuh hari untuk menggunakan kredit ShopeePay mereka dan hingga 14 hari untuk menggunakan baucar-baucar luar talian mereka, setelah mereka menerima manfaat-manfaat ini.
Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang berkata, Shopee sedar cabaran-cabaran yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam perjuangan menentang COVID-19 yang berlanjutan.
Oleh itu ujar beliau, Shopee telah melancarkan kempen khas eDuit ini bagi membantu meringankan beban para pengguna serta memberi mereka akses kepada barang keperluan harian dengan harga berpatutan dalam masa yang mencabar ini.
''Usaha ini juga sejajar dengan agenda digital Malaysia yang bertujuan mendorong pendigitalan dalam sektor peruncitan melalui e-dagang, serta transaksi tanpa sentuh.
''Dengan manfaat eDuit dan tawaran menarik 9.9 Hari Pembelian Hebat, rakan-rakan niaga atas talian dan luar talian kami bakal mendapat manfaat daripada aktiviti penjualan. Perbelanjaan oleh pengguna dalam jangka pendek ini juga akan memberi sumbangan positif kepada ekonomi domestik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ketua Pegawai Perniagaan Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Aiza Azreen Ahmad berkata, e-Dompet dan e-Pembayaran menawarkan kemudahan, tahap keselamatan yang lebih baik serta ganjaran yang merupakan komponen penting dalam usaha eDagang dan pendigitalan.
‘’Kempen eDuit Shopee adalah selaras dengan matlamat kami di MDEC di mana ia mendorong pendigitalan dan pada masa yang sama, memacu ekonomi dan memainkan peranannya untuk mempertahankan perniagaan-perniagaan dan mata pencarian.
‘’Ini juga sejajar dengan inisiatif kerajaan seperti PEMULIH dan merupakan usaha yang disambut baik dalam pada kami berusaha meningkatkan kolaborasi antara pihak sektor awam dan swasta demi menghadapi cabaran dalam tempoh ini yang sukar untuk perniagaan-perniagaan,’’ katanya.
Selain menawarkan manfaat kepada pengguna-pengguna baharu, kempen Shopee 9.9 Hari Pembelian Hebat kini sedang berlangsung hingga 9 September.
Para pembeli boleh menikmati baucar Penghantaran Percuma dan baucar Pulangan Tunai Styling Shopee 99%, di mana kedua-duanya dapat dinikmati tanpa perbelanjaan minimum.
Para pengguna juga berpeluang memenangi sebuah Mercedes-Benz baharu dengan mengambil bahagian dalam permainan Main & Menang Mercedes-Benz dengan mengumpul tiket emas setiap hari.
Lawat https://shopee.com.my/m/shopee-eDuit bagi menuntut manfaat eDuit anda di sini. – DagangNews.com