Syarikat kerjasama Bintai Kinden raih subkontrak bernilai RM4.43 juta | DagangNews Skip to main content

Syarikat kerjasama Bintai Kinden raih subkontrak bernilai RM4.43 juta

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Julai - Syarikat kerjasama Bintai Kinden Corporation Berhad berjaya meraih beberapa siri subkontrak daripada Petro Flanges & Fittings Sdn. Bhd. (PFF) bernilai RM4.43 juta.

 

Menerusi subkontrak itu, mereka perlu membekalkan paip keluli karbon/keluli tahan karat gred tinggi, injap dan aksesori paip kepada syarikat dalam industri minyak dan gas (O&G).

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, Bintai Energy Sdn. Bhd. yang memiliki pegangan ekuiti 51% telah dianugerahkan subkontrak oleh PFF, yang memiliki baki 49% kepentingan dalam Bintai Energy.

 

Pengarah Eksekutif Bintai Kinden, Azri Azerai berkata, subkontrak itu adalah tambahan yang dialu-alukan kepada seri subkontrak sedia ada.

 

"Menerusi subkontrak itu, kami akan membekalkan peralatan kepada pelbagai syarikat yang terlibat dengan perniagaan dan aktiviti O&G," katanya.

 

Beliau berkata, Bintai Energy telah dianugerahkan dengan kontrak serupa sejak penubuhannya pada Mac 2022.

 

"Syarikat kerjasama itu berjaya meraih kontrak bernilai hampir RM9 juta sejak ia ditubuhkan," katanya. - DagangNews.com