ZF Foxconn mahu tambah kapasiti kilang pengeluaran di Malaysia, sasar jualan AS$8.8 bilion menjelang 2029
KUALA LUMPUR 30 Sept - Pembekal automotif global, ZF Foxconn Chassis Modules (ZFFCN) di Malaysia bersedia untuk pertumbuhan, dengan jenama antarabangsa seperti BMW, Mercedes-Benz dan Porsche menyokong buku pesanannya.