Skip to main content

Todak Academy sasar 600 graduan Esports menjelang akhir tahun 2022

Para pelajar mengikuti program sijil profesional selama enam bulan di Todak Academy
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

CYBERJAYA 28 Mac - Todak Academy mempelawa orang ramai yang berminat dengan industri Esports menyertai program sijil profesional anjurannya dalam usaha melahirkan graduan yang mempunyai kebolehpasaran dalam industri kerja moden.

 

Pengurus Besarnya, Taufik Rizal Aminuddin berkata, pusat latihan itu menawarkan tiga buah program pensijilan, antaranya Game Developement, Esports dan Digital Marketing.

 

Beliau berkata, program kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE) itu terbuka untuk rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

"Program ini telah bermula sejak Disember lepas, setakat ini seramai 100 pelajar menyertai pengajian. Kami menyasarkan seramai 600 pelajar menjelang akhir tahun ini.

 

"Tempoh pembelajaran program sijil hanya mengambil masa 6 bulan. Kelas akan dijalankan secara hibrid seminggu sekali selama tiga jam bagi setiap subjek.

 

"Program ini dibangunkan mengikut keperluan semasa orang ramai yang mana pada masa sama mereka boleh bekerja sambil belajar. Kebanyakan mereka berminat untuk belajar, tetapi kekurangan masa disebabkan terikat dengan pekerjaan," katanya kepada DagangNews.com, di sini hari ini.

 

 

todak
Taufik Rizal Aminuddin

 

 

todak

 

 

Menurut Taufik, pelajar bukan sahaja mengikuti pembelajaran secara teori, malah turut didedahkan menerusi praktikal.

 

"Selain melanjutkan pendidikan, pada masa sama program tersebut turut membantu pelajar mendapatkan pengalaman.

 

 

todak

 

 

"Sebagai contoh untuk program sijil Esports, graduan bakal menguruskan pertandingan atau pasukan Esports itu sendiri selepas tamat pengajian kelak. Untuk Game Developement, mereka bakal membangunkan permainan atau gaming secara dalam talian," katanya.

 

Beliau berkata, pelajar turut berpeluang menjana pendapatan sampingan menerusi program affiliate dengan mempromosi program anjuran Todak Academy.

 

 

todak

 

 

Katanya, selepas tamat program selama 6 bulan, graduan akan memperoleh sijil mereka pada majlis konvokesyen di UTM.

 

Untuk rekod, Taufik berkata, seramai 30,000 pemain Esports telah 'dilahirkan' di Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lepas.

 

 

todak
Pasukan Mobile Legend: Bang-Bang (MLBB) Todak menjadi wakil Malaysia beraksi di Sukan SEA Vietnam pada bulan Mei 2022, selepas muncul juara pada kejohanan Pemilihan Esukan Malaysia 2022, baru-baru ini.

 

 

Sebarang maklumat lanjut mengenai program sijil profesional Todak Academy, sila hubungi talian 012-2271446 atau layari www.todakacademy.com. - DagangNews.com