US Open disiarkan menerusi aplikasi SPOTV NOW mulai 28 Ogos hingga 11 September 2022 | DagangNews Skip to main content

US Open disiarkan menerusi aplikasi SPOTV NOW mulai 28 Ogos hingga 11 September 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Peminat sukan bakal dihiburkan dengan liputan 360 darjah bagi kejohanan tenis yang dinantikan iaitu US Open 2022, selama 2 minggu dari 29 Ogos ke 11 September 2022 hanya di hujung jari melalui aplikasi streaming SPOTV NOW oleh SPOTV.

 

SPOTV NOW platform pertama di Asia yang memberikan liputan lengkap secara langsung di 20 saluran dari pentas US Open yang berlangsung di New York City, dengan aksi tenis dari 16 gelanggang secara langsung, sidang media, temubual dan juga sorotan perlawanan. 

 

Diadakan di USTA Billie Jean King National Tennis Center, US Open menampilkan pemain-pemain terhebat dari serata dunia di mana mereka akan bersaing untuk Grand Slam terakhir tahun ini untuk mencipta sejarah. 

 

Para penonton boleh menyaksikan nama yang semakin popular seperti Carlos Alcaraz yang merupakan pemain termuda di dalam Top 5 ATP sejak Rafael Nadal dan juga menyaksikan aksi terakhir juara Grand Slam sebanyak 23 kali dan lagenda tenis, Serena Williams yang akan bersara selepas tamatnya US Open 2022. 

 

Pelanggan premium SPOTV NOW boleh menyaksikan kesemua saluran secara langsung dan on demand. Bagi pelaggan biasa pula, mereka boleh menyaksikan sorotan perlawanan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja secara percuma. 

 

Kejohanan ini juga akan disiarkan di saluran SPOTV dan SPOTV 2 bagi perlawanan yang diadakan di gelanggang Arthur Ashe dan Louis Armstrong.

 

Ketua Pegawai Eksekutif SPOTV, Lee Choong Kay berkata, mereka teruja dapat membawakan US Open secara meluas kepada para penonton. 

 

 

spotv

 

 

"Memandangkan permintaan untuk kandungan dan siaran sukan secara on demand semakin meningkat, kami merasakan ia amat penting untuk meningkatkan pengalaman penonton dengan memberikan kepada mereka kuasa untuk memilih apa yang mereka ingin saksikan dan bila mereka mahu. 

 

"US Open adalah pentas yang baik untuk kita mulakannya dan kami berharap kami boleh lakukan yang sama untuk acara sukan yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

SPOTV komited dalam memperkenalkan era baharu dalam hiburan sukan dengan membawa penonton lebih dekat kepada acara sukan terhebat dunia, bukan sahaja di kaca TV, tetapi juga melalui aplikasi SPOTV NOW dan juga kandungan belakang tabir serta liputan di lokasi di laman media sosial @SPOTVMY di YouTube, Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter. 

 

SPOTV NOW boleh didapati di Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Filipina, dan Singapura di Google Play Store dan App Store. Saluran SPOTV boleh ditonton di Malaysia di Astro dan Unifi TV. - DagangNews.com