Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) melanjutkan waktu operasi Pusat Bayaran Kuala Lumpur (PBKL) hingga 31 Disember 2020.
LHDN berkata, keputusan itu adalah untuk memberi kemudahan kepada pembayar cukai untuk melunaskan baki cukai sebelum berakhirnya tahun 2020.
"Pelanjutan waktu operasi ini hanya melibatkan Kaunter Bayaran Selain Tunai (Cek, Deraf Bank, Kiriman Wang dan Wang Pos).
"Manakala waktu operasi Kaunter Bayaran Tunai adalah kekal sehingga pukul 1.00 tengah hari," jelas LHDN dalam satu kenyataan hari ini.
Berikut adalah maklumat terperinci mengenai waktu operasi PBKL hingga 31 Disember 2020;
Dalam kenyataan yang sama, LHDN turut menyarankan pembayar cukai disaran untuk memanfaat pelanjutan waktu operasi PBKL bagi melunaskan semua baki cukai tertunggak.
"Usaha itu selaras dengan Kempen "Katakan Ya Kepada Sifar Tunggakan Tahun 2021".
"Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui talian careline 03-89111100/603-89111100 (luar negara), atau portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/. - DagangNews.com