Zurich perkenal pelan takaful keluarga Takaful Al-Shams | DagangNews Skip to main content

Zurich perkenal pelan takaful keluarga Takaful Al-Shams

Nazrul Hisham Abd Hamid (kiri) dan Ketua Pegawai Agensi, Nazrul Namizan Ahmad ketika pengumuman Takaful Al-Shams secara rasmi pada sambutan Hari Raya Al-Shams, baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Mei - Zurich Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Zurich Takaful Al-Shams, pelan takaful keluarga dengan ciri penerimaan terjamin untuk membantu rakyat Malaysia menunaikan kewajipan terhadap keluarga dan menghadiahkan hibah untuk orang tersayang.

 

Penemuan tinjauan Impak Pandemik terhadap Perlindungan pada akhir 2021 menunjukkan bahawa 54% rakyat Malaysia yang mempunyai perlindungan peribadi menyatakan bahawa penyediaan nafkah kepada keluarga sebagai salah satu sebab untuk mendapatkan perlindungan diri. 

 

Pengenalan pelan baharu itu adalah tepat pada masanya kerana ia membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan dengan lebih senang dengan pendaftaran yang mudah. 

 

Menggunakan teknologi, pelanggan mempunyai pilihan untuk mendaftar melalui sesi dalam talian dengan ejen, dan mengesahkan dokumen dengan tandatangan maya melalui ciri Tandatangan Jarak Jauh (Remote Signature).

 

Kelebihan aspek kemudahan itu ditekankan dengan ciri Penerimaan Terjamin, yang mana pelanggan tidak perlu melakukan pemeriksaan perubatan untuk layak mendapat perlindungan. 

 

Pelan ini menyediakan perlindungan yang merangkumi tiga aspek kematian akibat kemalangan am tanpa mengira situasi, pengangkutan awam dan kematian akibat kemalangan di luar negara.

 

Manfaat kematian akibat kemalangan turut diberikan kepada sehingga empat orang ahli keluarga. 

 

 

zurich
Nazrul Namizan Ahmad bersama Ustaz Don Daniyal semasa sesi perkongsian sempena sambutan Hari Raya Al-Shams

 

 

Tersedia dalam pelan asas tanpa memerlukan rider tambahan, ini membantu mengurangkan ketidakpastian kehidupan dan meringankan komitmen kewangan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful, Nazrul Hisham Abd Hamid berkata, setiap rakyat Malaysia berhak mendapat perlindungan dan masa depan yang lebih cerah.

 

 

zurich

 

 

"Pelan ini juga direka untuk membantu rakyat Malaysia memulakan perancangan untuk masa depan keluarga daripada serendah RM1.67 sehari. Caruman bulanan sebanyak RM50 bukan sahaja akan memberikan perlindungan asas tetapi juga manfaat tambahan yang dapat membantu memberikan ketenangan fikiran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Manfaat lain Zurich Takaful Al-Shams adalah termasuk manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sehingga umur 75 tahun dan perlindungan berterusan dengan manfaat Hilang Upaya Warga Emas sehingga akhir tempoh sijil, Pemulihan Tahunan HUKK dan Manfaat Ihsan.

 

Pelanggan yang berminat boleh melayari www.zurich.com.my atau menghubungi ejen mereka untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com