Tangguh cukai mewah: Mengapa Kerajaan Perpaduan cepat cukai orang miskin tetapi lambat ke atas orang kaya?
KUALA LUMPUR 29 Mac - Satu daripada fungsi cukai ialah pengagihan pendapatan. Lazimnya, kerajaan mengutip cukai daripada mereka yang berpendapatan tinggi dan mengagihkannya kepada mereka yang lebih memerlukan seperti melalui subsidi atau pemberian wang tunai terus.