Terkini | DagangNews Skip to main content

ECM Libra cadang ambil alih 2 hartanah di Liverpool berharga RM26.4 juta

KUALA LUMPUR 24 Nov - ECM Libra Group Berhad menerusi ECM Libra (Liverpool) Ltd. dan ECM Libra (Liverpool) OpCo Ltd. memeterai perjanjian pembelian perniagaan (BPA) bersama Castle Street Liverpool LLP and CSL Opco Ltd.

Maybank IB negatif terhadap langkah Bermaz Auto kembalikan hak pengedaran Peugeot kepada Stellantis

KUALA LUMPUR 24 Nov - Maybank Investment Bank (Maybank IB) negatif terhadap langkah Bermaz Auto mengembalikan hak pengedaran jenama Peugeot kepada pemiliknya, Stellantis.

 

Indeks Pelopor catat prestasi lebih baik 109.3 mata pada September 2023 - DOSM 

KUALA LUMPUR 24 Nov - Indeks Pelopor (IP) menunjukkan pergerakan yang lebih baik untuk tiga bulan berturut-turut kepada negatif 0.3% dengan merekodkan 109.3 mata pada September 2023 berbanding negatif 0.5% pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Tenaga buruh catat kadar penyertaan tertinggi 70.1% pada suku ketiga 2023 - DOSM

KUALA LUMPUR 24 Nov - Pasaran buruh negara terus berkembang pada suku ketiga 2023, mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi pada 70.1%, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Kenanga Research kekal berhati-hati terhadap prospek kemudahan penapisan Petron Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Nov - Kenanga Research kekal berhati-hati terhadap prospek kemudahan penapisan Petron Malaysia Refining & Marketing Berhad (Petron Malaysia) memandangkan kapasiti penapisan yang mencukupi dalam pasaran.

 

SP Setia masih menghadapi cabaran dalam meningkatkan keuntungan – HLIB 

KUALA LUMPUR 24 Nov - SP Setia Berhad masih menghadapi cabaran dalam meningkatkan keuntungannya, termasuk kos kewangan yang lebih tinggi berikutan kenaikan mendadak kadar faedah, peningkatan kos pentadbiran serta kerugian daripada projek Battersea kumpulan yang terletak di London

Perak SADC terima kelulusan skim pengendalian melombong, bolehkan aktiviti perlombongan NR-REE diperluaskan

IPOH 24 Nov - Perak akan memperluaskan lagi projek perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang kini mempunyai potensi besar sebagai sumber ekonomi baharu negeri tersebut.

 

Meraque, KBS bekerjasama perkasa belia dalam bidang robotik dan pembuatan dron

KUALA LUMPUR 24 Nov - Meraque Group memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai langkah penting ke arah memperkasakan belia negara dengan pendidikan dan kemahiran latihan dalam bidang robotik dan pembuatan dron.

 

Maybank IB semak turun unjuran pendapatan InNature sehingga 24% selepas penilaian semula kos operasi

KUALA LUMPUR 24 Nov - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyemak turun unjuran pendapatan InNature Berhad sehingga 24% selepas membuat penilaian semula terhadap kadar jualan dan kos operasi semasa.

 

Shell Malaysia jangka alami pertumbuhan dalam segmen pelincir tugas berat premium

KUALA LUMPUR 24 Nov - Shell menyifatkan kejayaan jenama minyak enjin tugas berat (HDDEO) Shell Rimula tahun lalu di Malaysia sebagai hasil kerjasama yang terjalin sejak sekian lama dengan rakan niaga syarikat tersebut.

 

Subscribe to Terkini