Terkini | DagangNews Skip to main content
Rakyat Malaysia-Singapura kini boleh bayar guna DuitNow dan PayNow, kata Gabenor BNM

KUALA LUMPUR 17 Nov - Bank Negara Malaysia (BNM) dan Monetary Authority of Singapore (MAS) telah bersama-sama melancarkan jalinan sistem pembayaran masa nyata antara DuitNow Malaysia dengan PayNow Singapura.

 

UEM Sunrise lupus tanah seluas 49.6 hektar berharga RM146.1 juta di Tanjung Kupang kepada Paragon Globe

KUALA LUMPUR 17 Nov - UEM Sunrise Berhad menerusi tiga anak syarikatnya memeterai lapan perjanjian jual beli (SPA) bersama PGB Landmark Sdn Bhd iaitu anak syarikat Paragon Globe Berhad bagi cadangan pelupusan tanah pegangan bebas seluas 46.9 hektar berharga RM146.1 juta di Tanjun

Permintaan domestik melonjak 4.8% pada suku ketiga 2023 didorong pasaran buruh berdaya tahan - PM Anwar

KUALA LUMPUR 17 Nov - Permintaan domestik melonjak sebanyak 4.8% pada suku ketiga 2023 dengan pasaran buruh yang berdaya tahan dan disokong sektor pelancongan yang bertambah kukuh, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas meningkat kepada RM450,000

KUALA LUMPUR 17 Nov - Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2023 bakal menawarkan ganjaran sebanyak RM450,000 dengan tambahan enam kategori baharu dalam anugerah berprestij itu.

 

Time Galerie kini milik penuh Marco selepas pengambilalihan baki pegangan 59.61% berharga RM37.56 juta

KUALA LUMPUR 17 Nov - Marco Holdings Berhad memeterai perjanjian jualan saham (SSA) bersama Giro Laksana Sdn. Bhd. dan Lim Siew Sooi bagi mengambil alih baki 59.61% kepentingan Time Galerie (M) Sdn. Bhd. berharga RM37.56 juta.

 

MIDF umum pelantikan dua pengarah baharu

KUALA LUMPUR 17 Nov - Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Nur Julie Gwee Ariff dan Datuk Azlan Shahrim sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas MIDF Amanah Asset Management Bhd berkuat kuasa 15 November 2023.

 

MIDF Research kekal unjuran ekonomi Malaysia berkembang 4.2% bagi tahun penuh 2023

KUALA LUMPUR 17 Nov - MIDF Research mengekalkan unjuran ekonomi Malaysia  berkembang pada paras 4.2% bagi tahun penuh 2023 disokong pemulihan perdagangan luar bermula suku keempat tahun ini dan seterusnya.

 

Panasonic, Harvey Norman bekerjasama tingkatkan kesedaran, galak tabiat kitar semula bateri

KUALA LUMPUR 17 Nov - Panasonic bekerjasama dengan Harvey Norman melaksanakan inisiatif 'Energy for Green Future' yang bertujuan untuk memacu penyertaan aktif dalam kitar semula bateri dalam kalangan rakyat Malaysia. 

 

Untung bersih CelcomDigi melonjak kepada RM455.7 juta pada 3QFY23

KUALA LUMPUR 17 Nov - Untung bersih CelcomDigi Berhad meningkat kepada RM455.72 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2023 (3QFY23) berbanding RM264.48 juta bagi suku sama tahun lalu.

 

Subscribe to Terkini