Unjuran pendapatan MMHE pada FY24-25 diturunkan sehingga 10.4% kesan prestasi FY23 meleset daripada jangkaan – RHB Investment
KUALA LUMPUR 15 Feb - RHB Investment menurunkan unjuran pendapatan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MMHE) bagi tahun kewangan 2024 dan 2025 (FY24-25) sebanyak 5.3% hingga 10.4% selepas prestasi kumpulan untuk FY23 meleset daripada jangkaan.