Dayang terima lanjutan kontrak 2 tongkang AWB daripada Petronas Carigali | DagangNews Skip to main content

Dayang terima lanjutan kontrak 2 tongkang AWB daripada Petronas Carigali

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 14 Feb - Dayang Enterprise Holdings Bhd menerusi anak syarikatnya, DESB Marine Services Sdn Bhd telah menerima lanjutan kontrak untuk penyediaan dua lagi tongkang kerja penginapan (AWB) daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.

 

Lanjutan kontrak yang diterima pada 3 November dan 9 November 2023 itu melibatkan Dayang Ruby dan Dayang Opal, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

 

Kumpulan itu berkata, lanjutan kontrak Dayang Ruby adalah bagi tempoh 203 hari bermula 11 November 2023 manakala Dayang Opal selama 270 hari bermula 5 November 2023.

 

"Faktor risiko yang mempengaruhi lanjutan kontrak adalah termasuk risiko pelaksanaan seperti ketersediaan tenaga kerja mahir dan bahan, perubahan harga bahan serta perubahan keadaan politik, ekonomi dan peraturan.

 

"DESB Marine perlu memastikan pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan dan operasi dalam pelaksanaan keperluan kontrak," katanya.

 

opal
Kontrak penyediaan tongkang Dayang Opal dilanjutkan selama 270 hari bermula 5 November 2023


 

ARTIKEL BERKAITAN: Dayang terima lanjutan kontrak 3 tongkang AWB daripada Petronas Carigali
 

Sementara itu, kata Dayang Enterprise Holdings, lanjutan kontrak tidak akan memberi kesan ke atas modal terbitan syarikat dan dijangka menyumbang kepada pendapatan DEHB sepanjang tempoh lanjutan itu.

 

"Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama Pansar atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan," jelasnya.

 

Saham Dayang ditutup rendah 3 sen atau 1.42% pada RM2.09 hari ini, memberikannya permodalan pasaran sebanyak RM2.42 bilion.  - DagangNews.com