Fajarbaru raih kontrak RM246 juta daripada WCT Holdings, mulakan Fasa 2 pembangunan pangsapuri servis di Johor  | DagangNews Skip to main content

Fajarbaru raih kontrak RM246 juta daripada WCT Holdings, mulakan Fasa 2 pembangunan pangsapuri servis di Johor 

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA Lumpur 16 Okt - Fajarbaru Builder Group Bhd menerima kontrak RM246 juta daripada WCT Holdings Bhd untuk melaksanakan Fasa 2 pembangunan dua blok pangsapuri servis di Johor Bahru.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Fajarbaru berkata, anak syarikat milik penuhnya, Fajarbaru Builder Sdn Bhd (FBSB) telah menerima kontrak daripada WCT Construction Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung WCT. 

 

"Kerja-kerja Fasa 2 itu terdiri daripada empat menara dan menawarkan lebih 600 unit.

 

"Ia juga melibatkan pembinaan kemudahan rekreasi, podium enam tingkat yang terdiri daripada tempat letak kereta, lot komersil dan lobi pangsapuri.

 

"Fasa 2 itu akan bermula pada 23 Oktober 2024 dan tempohnya ialah 36 bulan, dijangka siap pada 22 Oktober 2027. 

 

"Kontrak Fasa 2 itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan bersih aset Kumpulan dari tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 (FY2025) dan seterusnya," katanya

 

ARTIKEL BERKAITAN:Fajarbaru Builder raih kontrak pembinaan RM252 juta di Johor Bahru daripada WCT

 

Sementara itu, kontrak Fasa 2 tidak akan mempunyai kesan material ke atas modal saham dan pegangan saham besar pemegang saham Fajarbaru.

 

Fajarbaru juga telah memenangi kontrak dari WTC untuk membina Fasa 1 projek itu pada April 2024, di mana tempoh projek fasa tu ialah 36 bulan, bermula pada 6 Mei 2024 dan akan siap pada 5 Mei 2027. - DagangNews.com