KUALA LUMPUR 4 Okt - Pemegang konsesi bagi cadangan Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway) merancang untuk disenaraikan di Bursa Malaysia melalui pengambilalihan terbalik syarikat Nota Amalan 17 (PN17) Scomi Energy Services Bhd.
SINGAPURA 3 Okt - Pengurus aset terbesar Malaysia, Permodalan Nasional Bhd (PNB), merancang untuk menambah aset infrastruktur ke dalam portfolionya mulai tahun depan untuk mempelbagaikan pendedahannya dan mengemudi persekitaran inflasi tinggi semasa, kata eksekutif tertingginya.<
KUALA LUMPUR 3 Okt - Sarawak Cable Bhd (SCB) telah disenaraikan ke dalam status Nota Amalan (PN) 17 oleh Bursa Malaysia hari ini berikutan penafian pendapat yang dinyatakan oleh juruaudit luarnya baru-baru ini, mengenai penyata kewangan teraudit pengeluar kabel dan wayar itu bagi
KUALA LUMPUR 3 Okt - Anak syarikat milik penuh TSR Capital Bhd, TSR Ocean Park Sdn Bhd memeterai perjanjian bersyarat dengan NTS Development Sdn Bhd untuk pelupusan dua bidang tanah dan bangunan komersial satu tingkat di atasnya, berukuran gabungan 22,134 meter persegi , di Port
KUALA LUMPUR 3 Okt - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan untuk melaksanakan Generational End Game (GEG) kepada arak dan judi terlebih dahulu sebelum mengharamkan rokok dan vape kepada generasi akan datang.
TANJUNG MALIM 3 Okt - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memperuntukkan RM1 juta bagi melaksanakan program Pintar Botani melibatkan 500 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas di seluruh negara mulai 2023.
KUALA LUMPUR 3 Okt - Pengeluar komponen komposit pesawat, Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) telah menerima Anugerah Kecemerlangan Kualiti daripada Spirit AeroSystems, Inc.
CYBERJAYA 3 Okt - Lebih 10% anak Orang Asli tercicir daripada alam persekolahan atas pelbagai faktor antaranya logistik, keluarga dan elemen tidak mengambil berat tentang kepentingan pendidikan.
KUALA LUMPUR 3 Okt - AirAsia telah mempertingkatkan lagi sistem pengecaman wajah, FACES dengan integrasi teknologi EzPaz oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2), yang menawarkan perjalanan tanpa sentuhan secara menyeluru