KUALA LUMPUR 15 Ogos - Keuntungan bersih Kelington Group Bhd meningkat 84.0 peratus kepada RM13.6 juta pada suku kedua (Q2) berakhir Jun 2022 daripada RM7.4 juta setahun lalu.
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Kontrak Datasonic Group Bhd berjumlah RM318.75 juta untuk membekalkan 12.5 juta cip pasport kepada Kementerian Dalam Negeri telah ditambah naik kepada RM350.14 juta, merangkumi penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan bernilai RM31.39 juta bagi 2022 dan 2023
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Protasco Berhad menerusi anak syarikatnya, HCM Engineering Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan K.I. Engineering Sdn. Bhd. untuk menaik taraf jalan persekutuan di Kedah bernilai RM299.2 juta.
SHAH ALAM 15 Ogos - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menawarkan kemudahan Pembiayaan Perumahan-i Bank Islam berdasarkan prinsip 'Tawarruq'.
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Tawaran pengambilalihan Cycle & Carriage Bintang Bhd (CCB) pada RM2.70 sesaham adalah “tidak adil tetapi munasabah”, kata penasihat bebas Kenanga Investment Bank Bhd dalam pekeliling kepada pemegang saham CCB, hari Isnin.
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi tumpuan kepada tiga aspek utama dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), selaras dengan inisiatif Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).