Terkini | DagangNews Skip to main content

AirAsia rekod faktor muatan suku tahunan tertinggi sejak COVID-19

KUALA LUMPUR 27 Jan - Operasi gabungan AirAsia Group Bhd di seluruh Malaysia, Indonesia dan Filipina merekodkan faktor muatan suku tahunan tertinggi kumpulan pada 80% bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2021 (4QFY21) sejak permulaan wabak COVID-19 pada

Lotte Chemical Titan catat untung RM1.06 bilion FY21, kekal berhati-hati terhadap prospek sektor petrokimia

KUALA LUMPUR 27 Jan - Lotte Chemical Titan Holding Bhd. merekodkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.06 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FY21), melonjak 7 kali ganda daripada RM154 juta bagi tempoh sama tahun lalu. 

 

Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor bincang penggunaan teknologi hadapi banjir

KUALA LUMPUR 27 Jan - Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor (MPTNg) hari ini membincangkan penggunaan teknologi dalam perancangan dan pembinaan infrastruktur untuk menghadapi bencana seperti banjir. 

 

Co-op Bank Pertama sasar pendapatan RM410 juta pada 2022

KUALA LUMPUR 27 Jan - Co-op Bank Pertama (CBP) menyasarkan pendapatan sebanyak RM410 juta dengan pendapatan daripada pembiayaan dijangka menyumbang sebanyak RM297 juta pada 2022.

 

Prestasi pasaran hartanah dijangka pulih secara beransur-ansur

KUALA LUMPUR 27 Jan - Walaupun terdapat gangguan kepada pemulihan pasaran hartanah yang dijangkakan pada 2021, firma perunding hartanah Rahim & Co International Sdn Bhd menganggap bahawa prestasi keseluruhan adalah stabil dan menjangkakan segmen itu pulih secara b

FunnelEvo lancar program Sijil Profesional Pemasaran Digital dengan UTM Space

PETALING JAYA 27 Jan - Sifoo International Sdn Bhd (FunnelEvo) secara rasmi melancarkan program Sijil Profesional di dalam Pemasaran Digital (PCDM) dengan kerjasama UTM Space yang diwakili oleh Profesor Madya Sr Dr. Sarajul Fikri Mohamed.

 

Pharmaniaga umum perubahan jawatan, Shazalli Ramly dilantik sebagai pengarah bukan bebas

KUALA LUMPUR 27 Jan - Pengerusi Pharmaniaga Bhd., Datuk Seri Shazalli Ramly akan dilantik sebagai pengarah bukan bebas manakala Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique akan mengambil alih jawatannya. 

 

ANIH Berhad jangka aliran trafik tinggi di Lebuhraya KL-Karak, LPT1

KUALA LUMPUR 27 Jan - Syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad menjangkakan jumlah aliran trafik yang tinggi sempena sambutan Tahun Baru Cina.

 

Pendapatan Q4 Westports susut 7% kepada RM503.9 juta

KUALA LUMPUR 27 Jan - Pendapatan Westports Holdings Bhd. bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2021 susut 6.9% kepada RM503.9 juta berbanding RM541.54 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. 

 

MSDN jadi badan penasihat tertinggi bagi kukuhkan tadbir urus sistem statistik negara - PM

KUALA LUMPUR 27 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Statistik dan Data Negara (MSDN) akan bertindak sebagai badan penasihat tertinggi dalam memberi panduan bagi mengukuhkan tadbir urus sistem statistik negara.

 

Subscribe to Terkini