Terkini | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Frontken susut kepada RM31.9 juta pada 2QFY23 akibat pendapatan operasi di Taiwan, Singapura rendah

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Frontken Corporation Bhd mencatat keuntungan bersih RM31.9 juta pada suku kedua tahun kewangan 2023 (2QFY23), susut sedikit sebanyak 0.89% daripada RM32.2 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

 

Evergreen Max Cash Capital meterai perjanjian taja jamin bersama Mercury Securities untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Evergreen Max Cash Capital Berhad (EMCC) memeterai perjanjian taja jamin bersama Mercury Securities Sdn Bhd untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

SC terbitkan garis panduan perkukuh pengurusan risiko teknologi entiti pasaran modal

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memperkenalkan Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi, yang bertujuan untuk menggalakkan amalan pengurusan risiko teknologi yang mantap dan kukuh dalam kalangan entiti pasaran modal.

 

Opcom cadang ambil alih 49% kepentingan dalam Transgrid Venture pada harga RM98 juta

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Opcom Holdings Berhad bercadang untuk mengambil alih 49% kepentingan atau 5.39 juta saham dalam Transgrid Ventures Sdn. Bhd. pada harga RM98 juta.

 

Tan Wee Bee dilantik sebagai CEO Sunsuria baharu 

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Sunsuria Bhd mengumumkan pelantikan Tan Wee Bee sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan tersebut yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos 2023. 

 

Kerjaya Prospek raih dua kontrak bernilai RM46 juta daripada Eastern & Oriental

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kerjaya Prospek Group Berhad telah menerima dua kontrak bernilai RM46 juta daripada dua anak syarikat Eastern & Oriental Berhad.

 

Malacca Securities jangka keadaan makroekonomi semasa tidak jejas pengeluaran OM Holdings

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Malacca Securities menjangkakan operasi OM Holdings Ltd. kekal stabil selepas dilihat keadaan makroekonomi utama yang berlaku ketika ini tidak menjejaskan pengeluaran produk mereka.

 

TNB, Petronas jalin kerjasama pacu ekonomi hidrogen melalui Kajian Bersama Kebolehlaksanaan

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Petronas mencapai satu tanda pembangunan perniagaan hidrogen di Malaysia dengan memeterai Perjanjian Kajian Bersama Kebolehlaksanaan (JFSA), yang mengukuhkan komitmen mereka memajukan ekonomi hidrogen.

 

PM Anwar arah menteri ditugas secara harian umum perkembangan dasar, program Ekonomi Madani

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kesemua menteri kabinet akan ditugaskan secara harian untuk mengumumkan dasar dan program yang dirancang di bawah konsep Ekonomi Madani, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Unjuran pendapatan MGB bagi FY23-25 dinaikkan sehingga 12% berikutan kejayaan perkembang operasi ke Arab Saudi – RHB Investment

KUALA LUMPUR 1 Ogos - RHB Investment menaikkan unjuran pendapatan MGB Berhad bagi tahun kewangan 2023 sehingga 2025 (FY23-25) sebanyak 12%, 7% dan 10% selepas kumpulan itu memeterai perjanjian usaha sama dengan firma Arab Saudi, SANY Alameriah Industrial (SA).

Subscribe to Terkini