Allianz Life lantik Charles Ong Eng Chow sebagai CEO baharu | DagangNews Skip to main content

Allianz Life lantik Charles Ong Eng Chow sebagai CEO baharu

Charles Ong Eng Chow
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 23 Mac - Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) telah melantik Charles Ong Eng Chow sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa 1 April 2022. 

 

Charles akan mengambil alih daripada Joseph Gross, yang akan memegang jawatan Ketua Strategi dan Pembangunan Eksekutif Global di Allianz SE bermula 1 April 2022. 


 
Charles mempunyai pengalaman lebih 23 tahun bersama Allianz. 

 

Beliau telah menyertai Allianz Life pada 1999 sebagai Pengurus Kewangan dan telah menjadi Ketua Pegawai Kewangan (CFO) untuk entiti Hayat pada 2003.

 

Pada 2008, beliau juga telah menyandang jawatan CFO untuk Allianz Malaysia Berhad dalam memantau pengurusan kewangan Kumpulan Allianz Malaysia. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang berkata, Charles telah menjadi sebahagian daripada barisan kepemimpinan Allianz Malaysia, memacu perkembangan, kebolehuntungan perniagaan, dan memastikan kelestarian kewangan dalam syarikat. 

 

"Beliau telah menerajui dialog strategik dan perangkaan Allianz Life untuk memastikan organisasi menuju ke arah inisiatif perkembangan yang tepat, membangunkan keupayaan, dan melabur dalam kaedah yang menjaga syarikat di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - DagangNews.com