10 bekas kakitangan failkan saman terhadap Mara Corporation di Mahkamah Perusahaan | DagangNews Skip to main content

10 bekas kakitangan failkan saman terhadap Mara Corporation di Mahkamah Perusahaan

Saman dikemukakan mengikut Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967

KUALA LUMPUR 24 Feb - Seramai 10 bekas kakitangan Mara Corporation memfailkan saman di Mahkamah Perusahaan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 kerana mendakwa pemecatan mereka pada 28 Januari 2021 adalah tidak adil dan menyalahi undang-undang.

 

Tuntutan mahkamah yang difailkan menerusi Tetuan Bhavanash Sharma itu menyatakan, pemecatan itu dilakukan secara menyeluruh melibatkan pengarah kanan kepada eksekutif yang merupakan pakar industri yang dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Badlisyah Abdul Ghani.

 

Beliau kemudiannya diarahkan untuk mengambil cuti sewaktu penggantungannya dan dipecat tidak lama kemudian.

 

Mara Corporation telah memberhentikan pekerja-pekerja tersebut dengan memberikan alasan bahawa mereka adalah lebihan pekerja selain menegaskan, pelantikan pekerja oleh Badlisyah melalui kontrak bertempoh tetap, tidak diluluskan mengikut had kuasa syarikat.

 

Antara relif yang dimohon oleh bekas pekerja itu termasuk pampasan untuk baki jangka kontrak tetap mereka.

 

Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 21 Mac 2022. - DagangNews.com