Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Dewan Rakyat hari ini telah melantik 12 Ahli Parlimen sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Perkara itu diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun (gambar atas) dalam sebuah kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Bersatu yang dilantik adalah Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (Sabak Bernam) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang).
Ahli Parlimen UMNO pula terdiri daripada Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian); Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang) dan Datuk Jalaluddin Alias (Jelebu).
Sementara itu, Ahli Parlimen dari Pas ialah Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas) dan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Sik).
Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh) pula satu-satunya wakil dari PKR dan turut dilantik, Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti).
Dalam pada itu, jawatankuasa itu juga menyaksikan lantikan Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Lumut) dari Amanah; Wong Shu Qi (DAP-Kluang) dan Ahmad Hassan (Warisan-Papar).
“Pengerusi dan Naib Pengerusi telah dipilih pada hari Khamis, 27 Ogos 2020.
“Pengerusi ialah Wong Kah Woh, Ahli Parlimen Ipoh Timur dan Naib Pengerusi ialah Datuk Azizah Mohd. Dun, Ahli Parlimen Beaufort,” kata beliau. - DagangNews.com