12,541 kes positif baru COVID-19, Selangor kekal tertinggi 16 Julai 2021 | DagangNews Skip to main content

12,541 kes positif baru COVID-19, Selangor kekal tertinggi 16 Julai 2021

PUTRAJAYA 16 Julai - Angka harian kes COVID-19 di Malaysia mencatat sedikit penurunan dengan 12,541 jangkitan baharu dilaporkan, hari ini.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor bagaimanapun terus kekal sebagai penyumbang terbesar dengan merekodkan 5,512 kes baharu.

 

16Julai2021

 

Ia diikuti Negeri Sembilan yang mencatat 1,619 jangkitan baharu, Kuala Lumpur (1,542), Johor (609), Melaka (575), Kedah (458), Sarawak (423), Pahang (382) dan Pulau Pinang (376).

 

"Selain itu, kes baharu turut dilaporkan di Sabah (326), Perak (299), Kelantan (225), Terengganu (102), Putrajaya (62), Labuan (24) dan Perlis (tujuh)," katanya dalam kenyataan melalui Facebook, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini mencecah 893,323 kes. - DagangNews.com