Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, penyedia capaian digital dan telco tempatan, Telekom Malaysia Berhad (TM) menawarkan kempen promosi khas 'Daftar & Menang' Unifi Mobile.
Promosi tersebut dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang membuat langganan dan menaik taraf pakej unifi Mobile™ 99 bermula 8 Januari hingga 31 Mac 2021.
Menariknya, TM menawarkan hadiah menarik iaitu 16 telefon pintar sebagai hadiah hadiah bulanan serta hadiah PIN tambah nilai Touch ‘n Go e-Wallet bernilai RM888 untuk hadiah mingguan.
Daripada jumlah telefon bimbit tersebut, tiga pemenang berpeluang memiliki Samsung Galaxy Note 20 Ultra (RM5,199), sembilan pemenang berpeluang memiliki Samsung Galaxy Note 10 (RM4,799) dan empat pemenang lagi berpeluang memiliki Vivo V17 Pro yang berharga RM1,499.
Kempen 'Daftar & Menang'
- Pelanggan perlu mendaftar pelan unifi Mobile™ 99 dan akan menerima kad SIM.
- Pelanggan perlu mengaktifkan segera kad SIM untuk menikmati data, panggilan dan SMS tanpa had.
- Setelah kad SIM kekal aktif, pelanggan berpeluang menjadi salah seorang pemenang kepada hadiah yang disediakan.
Tawaran kempen
- Pelanggan Unifi Home Broadband dapat menikmati data, panggilan dan mesej tanpa had dengan hanya bernilai RM59 sebulan berbanding RM79 sebulan bagi bukan pelanggan Unifi Home Broadband.
- Ahli keluarga kepada pelanggan Unifi Home Broadband juga dapat menikmati harga promosi RM59 sebulan yang sama untuk pelan Unifi mobile.
- Kuota hotspot LTE dipertingkatkan dari 10GB ke 20GB sebulan sepanjang tempoh kempen.
Maklumat lanjut berkaitan kempen promosi tersebut boleh didapati di pautan https://unifi.com.my/um99promo. - DagangNews.com