2020: Indeks harga pengguna dijangka kekal negatif | DagangNews Skip to main content

2020: Indeks harga pengguna dijangka kekal negatif

malaysia

KUALA LUMPUR 27 Julai - Indeks harga pengguna (CPI) dijangka kekal negatif sepanjang tahun 2020, pada kadar 0.5%.

Maybank Investment Bank Research (Maybank IB) melihat jangkaan itu sekaligus menganggarkan kadar inflasi bulanan tahun ini turut negatif dengan penguncupan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 3.3%.

Purata harga minyak mentah dunia turut dijangka menurun antara AS$35 hingga AS$40 setiap tong.

“Kerajaan mengambil beberapa langkah untuk membantu isi rumah dan perniagaan ketika COVID-19 iaitu dengan pemotongan sebanyak 18% dalam kadar tol lebuh raya PLUS sejak 1 Februari lalu dan diskaun bil elektrik bermula April hingga Disember 2020,” jelas Maybank IB.

Sebelum ini, CPI negara mencatatkan penurunan sebanyak 1.9% pada Jun 2020, didorong oleh peningkatan harga makanan serta kos pengangkutan yang menurun.

Penurunan itu sekali gus menyebabkan kadar inflasi meningkat sebanyak 1.2% berbanding bulan Mei 2020, 1.1%.

Dalam pada itu, Maybank IB sekali lagi menekankan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak akan dikurangkan lagi menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 9-10 September dan 2-3 November 2020.

Ada ruang untuk pemotongan OPR lebih lanjut jika diperlukan terutama berlakunya deflasi, walaupun rekod semasa adalah yang terendah pada 1.75%,” kata Maybank IB.

Sementara itu, dengan kadar Makanan dan Minuman Tanpa Alkohol (FNAB) mencatatkan peningkatan 29.5%, kadar itu mampu mempengaruhi pergerakan CPI negara.

Bagaimanapun, kadar FNAB secara konsisten menurun daripada 31.4% sejak tahun 2005. – DagangNews.com