210,000 pelanggan di Pahang dan Terengganu alami gangguan perkhidmatan, CelcomDigi mohon maaf | DagangNews Skip to main content

210,000 pelanggan di Pahang dan Terengganu alami gangguan perkhidmatan, CelcomDigi mohon maaf

Gambar hiasan
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 8 Nov - Seramai 210,000 pelanggan Celcom di Pahang dan Terengganu mengalami gangguan perkhidmatan ekoran satu kebakaran kecil yang berlaku awal pagi tadi.

 

CelcomDigi memaklumkan, insiden itu mengakibatkan gangguan perkhidmatan suara, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan data.

 

Katanya, antara perkhidmatan yang sudah dibaikpulih secara berperingkat termasuk perkhidmatan suara, SMS dan tambah nilai.

 

"Kami sedang berusaha untuk memulihkan semua perkhidmatan dengan secepat mungkin. 

 

"Maklumat lanjut mengenai pemulihan perkhidmatan akan disampaikan kepada pelanggan dan orang ramai melalui pelbagai saluran termasuk laman web serta platform media sosial CelcomDigi," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Tambah kenyataan itu, CelcomDigi memohon maaf kepada pelanggan di atas segala kesulitan yang dihadapi.  - DagangNews.com