21,668 rekod tertinggi COVID-19 hari ini, 7 negeri catat lebih 1,000 kes | DagangNews Skip to main content

21,668 rekod tertinggi COVID-19 hari ini, 7 negeri catat lebih 1,000 kes

21,668 rekod tertinggi COVID-19 hari ini

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Virus COVID-19 terus mengganas dengan rekod jangkitan tertinggi sebanyak 21,668 kes hari ini.

 

Jumlah baharu yang dicatatkan itu sekali gus melepasi rekod tertinggi sebelumnya sebanyak 20,889 pada 6 Ogos baru-baru ini.

 

Menurut data yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak tujuh negeri merekodkan jumlah jangkitan baharu melepasi 1,000 kes.

 

.

 

Jumlah kes tertinggi direkodkan Selangor sebanyak 6,278, diikuti Kuala Lumpur (2,436), Kedah (2,143), Sabah (2,052), Johor (1,706), Pulau Pinang (1,229) dan Sarawak (1,216).

 

Sementara itu, Kelantan (972), Perak (930), Negeri Sembilan (899), Pahang (692), Terengganu (594), dan Melaka (494).

 

Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perlis dan Labuan masing-masing merekodkan kes jangkitan baharu dibawah 100 kes iaitu sebanyak 56, 23, dan 11 kes.

 

Jumlah tertinggi yang direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 1,342,215. - DagangNews.com