3 analisis kekalkan saranan 'beli' saham Mah Sing Group | DagangNews Skip to main content

3 analisis kekalkan saranan 'beli' saham Mah Sing Group

Mah Sing Group

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Menilai kepada perkembangan jangka panjang syarikat Mah Sing Group, tiga analisis berpendapat untuk mengekalkan saranan 'beli' saham syarikat berkenaan.

Analisis tersebut dikeluarkan oleh RHB Small Cap ASEAN Research, AmInvestment Bank, dan Hong Leong Investment Bank (HLIB Research).

RHB Small Cap ASEAN Research melaporkan pengekalan saranan 'beli' dengan sasaran harga sesaham (TP) yang tidak berubah iaitu RM0.91.

Pengekalan itu dinilai kepada jangkaan peningkatan pendapatan syarikat Mah Sing Group pada separuh kedua 2020.

Jelas RHB Small Cap ASEAN Research, jangkaan itu didorong oleh perkembangan pembinaan projek-projek kumpulan Mah Sing.

Sementara itu, AmInvestment Bank yang turut mengekalkan saranan 'beli' dengan harga TP baharu iaitu RM1.01 berbanding RM0.79.

Peningkatan tersebut diletakkan berdasarkan kepada kepercayaan pihaknya terhadap Mah Sing Group yang berjaya mencapai prestasi jualan yang tinggi dalam beberapa suku terakhir sebelum ini.

"Kami turut tertarik dengan model perniagaan yang dijalankan Mah Sing apabila mereka melancarkan projek baharu dengan pantas," jelas AmInvestment Bank.

Dalam pada itu, pengekalan saranan 'beli' saham Mah Sing Group turut disokong oleh analisis HLIB Research yang menaikkan nilai TP kepada RM0.85 daripada RM0.64.

HLIB Research berkata, saranan itu dinilai kepada jangkaan sumbangan pendapatan yang lebih baik daripada projek pembinaan utama seperti M Vertica dan M Centura yang kini berada pada peringkat awal pembinaan. 

Mah Sing Group mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak RM669.8 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2020, sementara keuntungan bersih berjumlah RM45.4 juta pada tempoh sama.

Keuntungan bersih yang dicatatkan itu berkurang sebanyak 53.8% berbanding tahun sebelumnya. - DagangNews.com