32.6 juta rakyat Malaysia divaksin, populasi dewasa cecah 80.3% | DagangNews Skip to main content

32.6 juta rakyat Malaysia divaksin, populasi dewasa cecah 80.3%

 Program Vaksinasi Outreach Hospital Orang Asli Gombak dengan kerjasama PKD Hulu Langat di Kg. Orang Asli Padang Sg.Chongkak, Kg. Orang Asli Gabai dan Kg. Orang Asli Donglai Baru, Hulu Langat.
Program Vaksinasi Outreach Hospital Orang Asli Gombak dengan kerjasama PKD Hulu Langat di Kg. Orang Asli Padang Sg.Chongkak, Kg. Orang Asli Gabai dan Kg. Orang Asli Donglai Baru, Hulu Langat.
 

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Jumlah individu yang divaksin di Malaysia terus melonjak kepada 32.6 juta orang setakat 25 Ogos 2021.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah itu meliputi 18.7 juta penerima vaksin dos pertama dan 13.8 juta penerima vaksin dos kedua.

 

.

 

Jumlah tersebut secara tidak langsung menjadikan peratusan populasi divaksin sebanyak 57.5%, 42.4% daripadanya lengkap dua dos vaksin.

 

Lembah Klang merekodkan populasi divaksin tertinggi sebanyak 80.4%, diikuti Labuan (69.8%), Negeri Sembilan (66.3%) dan Sarawak (65.4%).

 

.

 

Bagi populasi dewasa pula, peratusan kumulatif meningkat kepada 18.7 juta (80.3%) bagi tempoh sama. 

 

Sebanyak 13.8 juta (59.1%) daripadanya telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

 

Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 109.9% dan 101.5%.

 

.

 

Selain itu, Negeri Sembilan dan Sarawak turut merekodkan peratusan melebihi 90% iaitu 91.9% dan 90.1%.

 

Bagi rekod pemberian dos vaksin harian pula, sebanyak 423,380 dos berjaya diberikan semalam.

 

Jumlah tersebut terdiri daripada 161,386 pemberian dos pertama dan 261,994 pemberian dos kedua. - DagangNews.com