3Q21: BAT berdepan impak 'lockdown' di sebalik pengurangan aktiviti penyeludupan rokok | DagangNews Skip to main content

3Q21: BAT berdepan impak 'lockdown' di sebalik pengurangan aktiviti penyeludupan rokok

British American Tobacco (BAT)

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 4 Ogos - British American Tobacco (BAT) terpaksa berdepan impak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan penuh atau 'lockdown' yang mampu memberi kesan kepada prestasi keuntungan suku ketiga 2021.

 

HongLeong Investment Bank berkata, situasi berkenaan perlu dihadapi syarikat berkenaan meskipun sedikit selesa dengan penurunan aktiviti penyeludupan rokok.

 

"Kami menghadiri sesi taklimat perolehan suku kedua 2021 BAT dan kami tidak yakin dengan prospek kumpulan tersebut bagi tempoh akan datang.

 

"Meskipun kami menjangkakan tahap keuntungan 3Q21 akan terjejas akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan penuh, kami terinspirasi bahawa ianya akan membawa kepada pengurangan aktiviti penyeludupan rokok," jelas HongLeong Investment Bank.

 

Dalam taklimat sama, BAT memaklumkan bahawa inisiatif di bawah Belanjawan 2021 yang membuat sekatan terhadap penghantaran, sekatan import dan penguatkuasaan daripada pelbagai agensi membuahkan hasil.

 

Hasilnya, sejak Disember 2020, aktiviti penyeludupan mencatatkan penurunan kepada 57.9% pada Mei 2021 berbanding 64.0%.

 

Bagaimanapun, BAT memberitahu, pasukan penyeludup turut bertindak mengubah taktik dan operasi dengan mengimport produk tembakau melalui jeti yang lebih kecil.

 

Taktik berkenaan dibuat bagi menyukarkan operasi mereka dikesan pihak berkuasa.

 

Sementara itu, peraturan terbaharu berkaitan perintah 'lockdown' memberi risiko kepada jumlah jualan BAT.

 

Kesannya, prestasi jualan bulan ke bulan yang dicatatkan pada Jun 2021 mengalami kejatuhan berbanding bulan-bulan sebelumnya.

 

.

 

Bagaimanapun, BAT telah menyatakan persediaan pihaknya untuk menghadapi masalah logistik dengan memastikan bahawa pihak peruncit dapat dibekalkan bekalan yang cukup sepanjang tempoh 'lockdown'.

 

"Kami mengekalkan saranan 'pegang' saham BAT dengan harga sasaran sesaham (TP) bernilai RM12.95," jelas HongLeong Investment Bank. - DagangNews.com