4 faktor pacu prestasi lebih kukuh Tri-Mode | DagangNews Skip to main content

4 faktor pacu prestasi lebih kukuh Tri-Mode

Tri-Mode System (M) Berhad

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 15 Julai - Syarikat penyedia perkhidmatan logistik bersepadu, Tri-Mode System (M) Berhad (Tri-Mode) menjangkakan prestasi dan hasil yang lebih kukuh bagi tempoh akan datang.

 

CGS-CIMB Research berkata, jangkaan yang dibuat Tri-Mode turut dinilai dan dipacu oleh empat faktor yang memberi kelebihan kepada syarikat berkenaan.

 

 

Empat faktor pemacu prestasi Tri-Mode adalah; 

  1. Sumbangan sulung daripada gudang umum pertama
  2. Kadar permintaan yang lebih tinggi bagi penawaran perkhidmatan lengkap
  3. Peningkatan jumlah muatan global
  4. Skala ekonomi yang lebih tinggi 

 

 

Bagi tempoh suku pertama 2021 (1Q21), 83% daripada jumlah perolahan Tri-Mode diperoleh daripada perniagaan domestik, sementara 17% dijana oleh perniagaan dari luar negara.

 

Selain Malaysia, syarikat berkenaan turut terdedah kepada perniagaan di Vietnam melalui saham bersekutu sebanyak 20%.

 

Meskipun pengangkutan laut menjadi sebahagian besar daripada pendapatan bagi suku pertama 2021 iaitu sebanyak 75%, Tri-Mode turut terlibat dalam pelbagai aktiviti penyediaan perkhidmatan logistik seperti muatan kontena (16.8%), muatan udara (5.7%), pergudangan (0.7%) dan lain-lain (1.9%).

 

Pada akhir Mac lalu, syarikat berkenaan memulakan operasi ibu pajabat pergudangan dan pengedaran baharu.

 

Gudang berkenaan merupakan gudang umum sulung yang berukuran 85,485 kaki persegi.

 

Menurut laporan media tempatan, Tri-Mode menjangkakan gudang berkenaan menjadi penyumbang utama kepada syarikatnya bagi tempoh akan datang selain menjadi sumber pendapatan baharu. - DagangNews.com