Siswa UPM kongsi pendidikan STEM dengan komuniti Tanjung Karang melalui program Semarak Siswa Madani | DagangNews Skip to main content

Siswa UPM kongsi pendidikan STEM dengan komuniti Tanjung Karang melalui program Semarak Siswa Madani

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Julai - Seramai 50 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan lebih 100 komuniti Tanjung Karang, Selangor sebagai satu latihan sosial, baru-baru ini.

 

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof Dr Arifin Abdu berkata, program ‘Semarak Siswa Madani @ Tanjung Karang’ anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tersebut memperkenalkan idea baharu pelajar universiti melalui aktiviti demontrasi STEM. 

 

Katanya, program ini membolehkan pelajar mengembangkan kemahiran, bakat, berfikiran kritis dan kreatif semasa khidmat sosial dengan komuniti Tanjung Karang.

 

"Kami juga mempamerkan produk pertanian UPM melalui as pengembangan pertanian UPM yang dikendalikan oleh pegawai UPM," katanya dalam program yang dirasmikan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias di Pusat Komuniti Kampung Air Buang.

 

Sementara itu, ketua pasukan Outreach Physics STEM, Ahmad Danish Iskandar Mohd Fadzil berkata, program itu memberikan pendedahan kepada komuniti luar bandar tentang kepentingan STEM dalam kehidupan seharian. 

 

"Kem STEM dan Pameran STEM bertajuk ‘Waste 2 Wear’ ini menghasilkan alatan bermanfaat berkonsepkan sains termasuk kanta pembesar dan cermin mata dengan menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik untuk pertanian komuniti," katanya yang memenangi Pasukan Sukarelawan Terbaik di Anugerah Putra Ikon UPM 2023 baru-baru ini.

 

 

upm

 

 

UPM

 

 

Ketua Projek STEM UPM, Prof Madya Dr Yap Wing Fen pula berkata, aktiviti-aktiviti bersahaja STEM berkongsi kepentingan sains dalam kehidupan dan direka untuk menafikan persepsi murid-murid di komuniti bahawa pembelajaran STEM adalah susah dan membosankan.

 

 

 

upm

 

 

UPM

 

 

UPM

 

 

Katanya, pasukan STEM pelajar UPM menarik perhatian penduduk Tanjung Karang dengan pertunjukan Magik Fizik yang merupakan pendekatan silap mata dan 'explorace' berkonsepkan STEM untuk menarik perhatian semua lapisan komuniti dari kanak-kanak hingga warga emas. 

 

"STEM Funfair pula berkonsepkan permainan kanak-kanak STEM seperti Gelung Impian, Meletop Pop-pop dan Ping-ping-pong untuk menarik kanak-kanak kagar seronok mempelajari sains menerusi permainan," katanya. - DagangNews.com